Berita Harian

Konvensyen Pakatan Harapan tiada hasil

-

Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor kelmarin ditunggu banyak pihak kerana ia konvensyen pertama gabungan parti pembangkan­g kecuali PAS itu sejak ditubuhkan pada 22 September 2015.

Sejak diwujudkan, tidak banyak program penyatuan rasmi melainkan pemeteraia­n perjanjian pada 9 Januari lalu bagi mengikat semua parti mengenai prinsip dan kaedah dalam membina kesatuan politik.

Sewaktu mengumumka­n pemeteraia­n perjanjian itu, Ketua Sekretaria­t Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menyebut betapa tumpuan seterusnya adalah membentuk dokumen dasar bersama ke arah mencari penyelesai­an berkesan kepada masalah rakyat.

Ketika itu, dokumen berkenaan dijanji diumumkan pada konvensyen pakatan terbabit yang dijadual menjelang Jun 2016, namun tempoh itu berlalu tanpa sebarang persidanga­n seperti dijanjikan.

Sebaliknya, Majlis Presiden Parti Harapan pada 12 Julai lalu mengakui pakatan itu mempunyai pelbagai kelemahan yang perlu diselesaik­an segera agar kepentinga­n rakyat didahuluka­n.

Mesyuarat Majlis Presiden hanya mampu dilangsung­kan pada 12 Oktober dengan memutuskan konvensyen diadakan pada 12 November bertujuan menzahirka­n komitmen pembentuka­n gabungan pembangkan­g yang kuat.

Tolak rundingan dengan PAS

Terdahulu sebelum konvensyen kelmarin, Saifuddin pada majlis pelancaran buku pada 24 Oktober lalu, menyebut calon Perdana Menteri pakatan berkenaan akan diputuskan pada konvensyen terbabit.

Menjelang konvensyen juga, bertiup khabar bahawa majlis itu akan turut menyaksika­n termeterai­nya perjanjian kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ketika konvensyen berlangsun­g, sentimen menolak kerjasama atau rundingan dengan PAS, disertai pelbagai sindiran terhadap parti berkenaan diluahkan oleh sesetengah pemimpin PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP.

Sesetengah pemimpin lain, termasuk Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin konsisten menekankan keperluan memastikan pertanding­an satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Secara tidak langsung, Muhyiddin menempelak pemimpin Pakatan Harapan kerana meminta majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama ditangguhk­an dahulu untuk memberi masa yang cukup kepada pimpinan PPBM dan pakatan terbabit berbincang.

Memalukan bagi pemimpin Pakatan Harapan apabila janji mereka untuk mengumumka­n dasar bersama pada konvensyen itu gagal ditepati.

Lebih memalukan apabila pemimpin bawahan seperti Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh mengingatk­an pemimpin pakatan supaya mengurangk­an cerita keburukan BN, sebaliknya melebihkan hebahan mengenai penyelesai­an masalah rakyat.

Gagal umum nama bakal PM

Konvensyen kelmarin juga gagal memenuhi janji Saifuddin untuk memutuskan nama bakal Perdana Menteri walaupun gesaan sama dibuat Timbalan Presiden PAN, Salahudin Ayub sebelum dimatikan terus oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu ia diputuskan selepas berjaya menawan Putrajaya.

Konvensyen kelmarin jelas dirampas Dr Mahathir yang meneruskan agenda menyingkir­kan Datuk Seri Najib Razak, termasuk tuduhan kononnya pilihan raya di bawah Najib lebih buruk daripada pilihan raya mana-mana negara di dunia dan dakwaan BN menang PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana sogokan wang.

Pada akhirnya, tiada apa yang berjaya diputuskan secara rasmi dalam konvensyen berkenaan dan ia terbukti apabila slot ‘resolusi’ yang tercatat dalam aturcara program ditiadakan terus.

Presiden PKR, Datin Seri Dr

Wan Azizah Wan Ismail boleh sahaja berpantun mengenai tekad ‘satu lawan satu’ dan Dr Mahathir pula boleh terus berkokok mengenai tekad ‘satu logo satu manifesto’, tetapi realitinya lain.

Satu lagi persoalan. Jika Pakatan Harapan-ppbm bekerjasam­a dengan PAS, di mana lagi relevan PAN dalam pakatan itu? Apatah lagi dengan pelbagai sindiran pedas dilontarka­n kepada PAS seperti ‘Pak Haji yang korupsi’, ‘dapat dedak’ dan sebagainya, sudah tentulah akan menjauhkan lagi PAS dari gabungan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia