Berita Harian

Syor remaja 16 tahun jalani ujian saringan

Kementeria­n Pendidikan sedia bekerjasam­a bantu tangani masalah

- Oleh Shaarani Ismail dan Nadia Hamid

Kementeria­n Kesihatan disaran bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mewajibkan pelajar Tingkatan Empat menjalani ujian saringan talasemia.

Syor berkenaan dikemukaka­n Pertubuhan Talasemia Antarabang­sa dan turut disokong Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) bagi menangani kes penyakit berkenaan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ahli Lembaga Pertubuhan Talasemia Antarabang­sa, Ramli Mohd Yunus, berkata pemilihan pelajar berusia 16 tahun tepat kerana mereka tidak berdepan gangguan emosi untuk menjalani ujian itu, belum sedia berkahwin serta lebih bersedia menerima kaunseling atau menjalani kaedah rawatan sekiranya perlu.

Beliau berkata, pembawa gen talasemia paling ramai adalah dalam kelompok etnik Kadazan Dusun serta Melayu, dipercayai kerana perkahwina­n sesama ahli keluarga terdekat yang mempunyai genetik sama.

“Ujian disediakan di klinik kerajaan seluruh negara sejak 2004, namun sambutanny­a hambar, malah kebanyakan pasangan hendak berkahwin juga tidak menjalani saringan itu. Anak yang dilahirkan pula tidak dibawa menjalani ujian kerana risau stigma penyakit itu serta bimbang disisih masyarakat,” katanya kepada BH.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m mendedahka­n, seramai 14,580 daripada 70,794 pelajar Tingkatan Empat di seluruh negara yang menjalani saringan talasemia bermula Januari lalu dikesan sebagai pembawa penyakit berkenaan.

Boleh dirawat, tak berjangkit

Ramli berkata, talasemia boleh dirawat dan tidak berjangkit melalui sentuhan, sebaliknya diwarisi daripada genetik ibu dan bapa dengan seorang anak perempuan daripada empat anak kepada pembawa genetik akan menghidap talasemia, manakala dua lagi pembawa penyakit itu.

“Melalui ujian saringan, kita boleh kenal pasti jumlah pembawa dan bantu mereka mengurangk­an risiko mendapat anak talasemia. Bagi pesakit pula, ada rawatan untuk mereka, antaranya makan pil untuk menambah jumlah darah, pemindahan darah dua kali sebulan atau pemindahan tulang sumsum,” katanya.

Sementara itu, Presiden PERDIM, Dr Norzaidi Zakaria, turut bersetuju dengan cadangan mewajibkan saringan talasemia kepada individu berusia 16 tahun untuk mengurangk­an risiko penyakit talasemia.

“Ia cadangan bagus bagi mengurangk­an bilangan pesakit talasemia di negara kita. Lagi pun, mengikut Enakmen Keluarga Islam yang dikuat kuasa di semua negeri, usia minimum perempuan untuk berkahwin adalah 16 tahun, jadi sesuai remaja peringkat umur itu diwajibkan menjalani saringan,” katanya.

Ambil langkah perlu Lumut,

Di Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ditemui selepas Program Guru Bersama Masyarakat, Guru Pembina Bangsa Negara di Segari, berkata kementeria­nnya akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan untuk membantu apa yang perlu dalam menangani penyakit talasemia di negara ini.

“Isu ini membabitka­n faktor kesihatan, jadi lebih baik diserahkan kepada Kementeria­n Kesihatan kerana kami sendiri tidak ada banyak maklumat.

“Saya akan berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan untuk mengambil langkah yang perlu daripada pihak Kementeria­n Pendidikan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia