Berita Harian

PTPTN salur RM1.23 bilion WPP kepada 836,820 pelajar

8,722 sudah ditawarkan babit peruntukan RM13.08 juta

- Oleh D J Dolasoh

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus prihatin terhadap pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi apabila menyerahka­n Wang Pendahulua­n Pembiayaan (WPP) kepada 836,820 pelajar membabitka­n jumlah RM1.23 bilion sehingga Oktober 2016.

Pengerusin­ya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata 8,722 pelajar ditawarkan WPP itu bagi kemasukan peringkat diploma ke politeknik dan Universiti Teknologi MARA (UITM) membabitka­n peruntukan RM13.08 juta bagi sesi November ini.

“Bagi pelajar Negeri Perak sahaja, PTPTN sudah memperuntu­kkan hampir RM1.6 juta kepada 1,068 orang sehingga November ini bagi membantu meringanka­n bebanan ditanggung keluarga.

“Kami akan terus memberi wang WPP sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi kemudahan pelajar mendaftar masuk ke institusi berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan WPP PTPTN di Dewan Merdeka Lenggong, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid; Pengurus Besar Pejabat PTPTN Negeri Perak, Ahmad Shahril @ Muhammad Shahril Ghazali dan Setiausaha Sulit Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Mohd Shuhaimi Zubir.

Pada majlis itu, seramai 120 pelajar bagi kawasan Lenggong, Gerik, Padang Rengas dan Kuala Kangsar memperoleh WPP PTPTN membabitka­n jumlah keseluruha­n RM180,000 bagi pengajian peringkat diploma kemasukan ke politeknik dan UITM sesi November ini.

Potongan 15 peratus

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, kerajaan beriltizam memberi diskaun 15 peratus sebagai kemudahan kepada peminjam yang membuat penyelesai­an penuh pinjaman dalam tempoh 22 Oktober lalu sehingga 31 Disember tahun depan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui Bajet 2017 lalu.

Beliau berkata, bagi peminjam yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan bayaran melalui potongan gaji atau direct debit mengikut ansuran pada jadual bayaran balik yang ditetapkan mereka juga layak mendapat diskaun 10 peratus daripada PTPTN.

Katanya, kerajaan juga memberi geran sepadan kepada ibu bapa yang membuat tabungan dengan SSPN-I sebanyak RM50 membabitka­n lebih 500,000 murid Tahun Satu sekolah bantuan penuh kerajaan pada 2017.

Penghargaa­n kerajaan

“Ini semua adalah penghargaa­n kerajaan kepada peminjam yang melaksanak­an tanggungja­wab mereka dan kesedaran ibu bapa mengenai kepentinga­n tabungan terhadap pendidikan anak mereka supaya tidak bergantung kepada pinjaman PTPTN semata-mata.

“Kami berharap, peminjam terus mengambil peluang sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan insentif yang diberi kerana ia akan memberi faedah pinjaman kepada 200,000 pelajar baharu pada setiap tahun,” katanya.

 ?? [FOTO SUPIAN AHMAD/BH] ?? Shamsul Anuar bersama pelajar semalam. pada Majlis Penyerahan Wang Pendahulua­n Pembiayaan PTPTN di Dewan Merdeka Lenggong,
[FOTO SUPIAN AHMAD/BH] Shamsul Anuar bersama pelajar semalam. pada Majlis Penyerahan Wang Pendahulua­n Pembiayaan PTPTN di Dewan Merdeka Lenggong,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia