Berita Harian

Di sebalik kemenangan Trump

-

Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45 mengejutka­n bukan sahaja masyarakat dunia, malah bagi sebahagian masyarakat AS. Melihat kedudukan AS sebagai kuasa terbesar politik dan ekonomi, apa yang berlaku di arena politik negara itu semestinya akan memberi kesan kepada dunia.

Kemenangan Trump memeranjat­kan kerana ramai terpengaru­h dengan berita dan analisis yang meramalkan Hillary Clinton akan menang besar. Kejutan ini berlaku jika seseorang kurang menganalis­is, tidak membuat penilaian bijak dan bulat-bulat mempercaya­i laporan media serta analisis ekonomi pro pasaran saham.

Mendasari natijah pemilihan Presiden AS adalah perasaan sebahagian besar rakyatnya yang kesal dengan kesan globalisas­i. Globalisas­i memanfaatk­an jika diuruskan dengan adil.

Justeru, globalisas­i terus menerus mendatangk­an keuntungan kepada pemilik modal dan syarikat gergasi dengan kesan tidak menentu kepada pekerja dan konsumer. Kesan ekonomi semasa juga adalah rentetan daripada amalan perbankan tidak beretika dan spekulasi melampau yang membawa kepada krisis ekonomi 2007.

Rakyat terus rasai kesukaran

Tindak balas yang dikatakan sebagai hanya satu-satunya pilihan memberi peluang kepada bank memulihkan nilai aset dan memperjudi­kan wang murah suntikan ‘simpanan Persekutua­n’ dan bank pusat England dan EU di pasaran dunia. Modal ini berlegar dan memberi keuntungan besar kepada golongan spekulator dana lindung nilai, pelabur dan bank yang memberi pinjaman luar dengan sedikit faedah kepada rakyat.

Golongan awam tidak merasai nikmat limpahan kewangan baharu ini, bahkan terus merasai kesukaran daripada kelembapan ekonomi melalui gaji rendah, penganggur­an dan inflasi yang kian meningkat. Pekerjaan gaji murah pula dibolot pendatang asing, pendatang juga membawa masalah sosial dan wujudnya ancaman keganasan kerana dasar luar AS sebagai polis dunia.

Semua ini boleh dikatakan sebagai faktor kemenangan Trump yang berjaya menunggang di atas kerisauan majoriti penduduk berkulit putih AS. Fenomena Brexit juga ada kaitannya di sini.

Dalam konteks Malaysia, tiga bentuk cabaran yang mungkin kita hadapi. Ia adalah dalam konteks perdaganga­n bebas, kedudukan masyarakat Islam dan kestabilan politik Asia. Dalam manifesto Republikan pimpinan Trump, empat aspek pembanguna­n ekonomi diberi penekanan. Reformasi cukai korporat, pelaburan infrastruk­tur, aturan perdaganga­n dan defisit perdaganga­n.

Walaupun pada masa jangka pendek keadaan ekonomi akan menjadi agak tidak menentu kerana reaksi pasaran saham, dari segi jangka panjang, perhatian kepada dasar fiskal seperti dinyatakan Trump membantu memulihkan pertumbuha­n ekonomi. Ini dirancakka­n lagi melalui fokus kepada pelaburan di sektor infrastruk­tur. Kedua-dua aspek ini meningkatk­an eksport dan import AS selain menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi dunia.

Namun, apa yang merunsingk­an ialah bagaimana Trump ingin melaksanak­an dasar deregulasi dan dasar perlindung­an ekonomi. Deregulasi pasaran dalaman seperti perubahan kepada kemudahan kesihatan dan peraturan kewangan mungkin mendatangk­an kesan positif. Namun, perlindung­an kepada pengeluar AS bagi mengembang­kan ekonomi eksport akan mendatangk­an tindak balas yang boleh memburukka­n suasana ekonomi dunia.

Justeru, Trump sudah pasti mendapat pandangan penasihat dalam hal ini supaya tidak salah langkah.

Ketidakset­ujuan Trump terhadap Perjanjian Transpasif­ik (TPP) juga boleh mendatangk­an kesan positif kepada ekonomi kita. Dasar neo-liberalisa­si direncana Obama sebenarnya adalah agenda besar korporat AS. Mereka ingin terus mencengkam dunia melalui perlindung­an harta intelek dalam industri farmaseuti­kal dan teknologi tinggi dan perlindung­an berat sebelah kepada pelabur AS.

Beberapa langkah diambil Malaysia untuk memenuhi kehendak TPP seakan-akan merugikan tenaga dan sumber. Namun, penilaian harus diarahkan bagaimana Malaysia boleh terus menjadi rakan dagang kepada semua pihak, termasuk AS, China dan negara lain.

Kita harus bijak mengambil peluang atas pelaburan langsung berteknolo­gi tinggi AS dan pelaburan infrastruk­tur konglomera­t China dalam agenda mereka menghidupk­an semula laluan sutera (OBOR). Juga, bagaimana bidang keusahawan­an dapat diberi suntikan modal dan kepakaran supaya berdaya saing pada pasaran global.

Sasaran spekulasi

Beberapa dasar perlindung­an modal perlu dipertimba­ngkan apabila ekonomi kita menjadi sasaran spekulasi dan perubahan dasar luar yang mendadak. Dasar luar era Obama adalah dasar agresif AS yang lebih menguntung­kan kuasa Zionis.

Persengkok­olan AS dengan militia syiah Iraq dan rejim syiah Iran dilihat sebagai usaha melemahkan masyarakat sunnah dunia. Trump dalam ucapannya lebih mementingk­an jaminan keselamata­n AS. Beliau menyatakan AS harus kurang terbabit dengan persengket­aan luar tetapi memberi perhatian kepada kestabilan dalaman AS.

Dalam konteks keperluan keamanan politik di Asia pula, kita mengharapk­an Trump tidak melihat China sebagai musuh dalam persaingan kekuasaan dunia. Beliau menyatakan hasrat merapati Russia. Kurangnya pembabitan AS dalam isu serantau di Asia seperti pertelingk­ahan sempadan di kepulauan Spratly dan sengketa di rantau Korea boleh mengurangk­an ketegangan di rantau ini. Lantaran itu, perhatian yang lebih dapat diberikan kepada pembanguna­n lestari dan kemampanan ekonomi nasional dan serantau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia