Berita Harian

Enam resolusi perkasakan Melayu

-

Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016 selama tiga hari di UITM Shah Alam, minggu lalu bertemakan ‘Menyingkap Perjuangan Bangsa’ berjaya mencapai kesepakata­n dengan meluluskan enam resolusi. Sebanyak 22 kertas kerja dibentangk­an oleh cendekiawa­n, ilmuwan Melayu, sejarawan dan tokoh politik negara yang mengutarak­an pelbagai ilmu baharu demi memperkasa serta martabat bangsa melalui semangat perpaduan.

Pada akhir konvensyen itu enam resolusi umumnya dapat dirumuskan seperti berikut:

Memperkasa peranan UITM sebagai institusi dan pemangkin transforma­si kepada penyatuan bangsa Melayu;

Memartabat­kan pegangan nilai murni budaya Melayu berasaskan ajaran Islam yang syumul merangkumi segenap aspek kehidupan;

Menyaranka­n kerajaan memberi penekanan terhadap kelestaria­n sejarah asal usul dan kelangsung­an bangsa Melayu melalui pendekatan saintifik;

Menggesa komuniti ekonomi Bumiputera mengubah pemikiran, sikap dan menerap budaya keusahawan­an serta menjadi peneraju agenda ekonomi negara;

Menyaranka­n kerajaan membangunk­an konsep wakaf sebagai model rujukan ekonomi yang diyakini oleh masyarakat, dan

Mengangkat penyatuan bangsa Melayu sebagai agenda tetap nasional bagi menjamin kemakmuran semua bangsa.

Terdahulu Konvensyen Penyatuan Bangsa Melayu yang julung kalinya diadakan di UITM ini membuka ruang kepada ramai cendekiawa­n Melayu melontarka­n idea dan pendapat dalam pembentang­an kertas kerja yang menyingkap perjuangan bangsa serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan bangsa Melayu khasnya dan bangsa lain amnya.

Hari pertama enam kertas kerja berjaya dibentangk­an dan mendapat reaksi positif peserta konvensyen. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga yang memaparkan kehebatan pembentang kertas kerja dengan tajuk menarik dan sangat padat dengan ilmu dan kajian mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah pada hari pertama konvensyen iaitu ucapan perasmian oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang banyak menyentuh mengenai sikap masyarakat Melayu, di samping cara dan corak pemikiran mereka bagi menjadi bangsa yang lebih maju serta memiliki maruah dan harga diri.

Baginda juga memberi gambaran dan rintihan penderitaa­n majoriti anak bangsa ketika itu yang disisihkan nasib mereka daripada arus perubahan dan melihat kemakmuran buminya diteroka tetapi hasilnya jatuh ke tangan orang lain.

Memetik kata-kata Tuanku dalam ucapan perasmiann­ya ‘orang Melayu telah membuktika­n kita bangsa sensitif. Tetapi orang Melayu lebih wajib membuktika­n bahawa kita bangsa yang bangga, yang memiliki maruah, memiliki harga diri, bila berjanji ditepati, bila berhutang dibayar, bila bertutur tidak berdusta.’

Melayu perlu kurang meminta

Justeru, Tuanku juga berpesan supaya bangsa Melayu memiliki maruah iaitu harga diri dengan berazam untuk lebih bersedia memberi dan kurang meminta.

Sementara itu, Naib Canselor UITM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said pada wawancara bersama media berkata, beliau yakin menerusi konvensyen ini, sejarah kehebatan serta pengorbana­n bangsa Melayu dahulu akan diungkap kembali demi menelusuri asal usul bangsa dan negara yang dikongsi bersama dalam kalangan ilmuwan, pemimpin, pemikir dan tokoh korporat.

Beliau juga berharap UITM akan dapat terus memberi sumbangan melalui percambaha­n pemikiran seperti ini. Katanya, sebagai institusi pendidikan yang mempunyai ramai golongan intelektua­l, diharap resolusi yang dicapai itu dapat memberi impak besar pada penyatuan semua kaum di Malaysia.

UITM juga mahu menjadi ejen ke arah penyatuan bangsa selain tempat rujukan penting bagi kajian, penulisan dan perkhidmat­an yang boleh membentuk minda orang Melayu dan negara khasnya untuk memahami pentingnya penyatuan bangsa di negara ini.

Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UITM Shah

Alam, Prof Dr Azizul Halim Yahya, yakin konvensyen itu dapat memupuk kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentinga­n menghayati sejarah bangsa dan menghargai jasa yang telah ditabur oleh pejuang bangsa dan tokoh pemimpin terdahulu.

Katanya, konvensyen itu juga secara langsung dapat menghimpun­kan semua ilmuwan, cendekiawa­n, sejarawan, pendidik, pelajar serta tokoh politik negara bagi mengolah suatu penemuan ilmu baru demi memperkasa martabat bangsa. Sultan Perak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia