Berita Harian

Persatuan penduduk syor kenakan caj di pusat bandar

-

Tindakan Majlis Perbandara­n Kajang (MPKJ) mengenakan caj parkir di sekitar Bandar Baru Bangi (BBB), di sini didakwa seolah-oleh mahu menindas penduduk kerana sebahagian besar kawasan berkenaan adalah kawasan perumahan.

Malahan, beberapa kawasan yang dikenakan caj parkir bagi fasa pertama juga didakwa tidak sesuai kerana Seksyen 3, 4 Tambahan, 7, 8, 9, 15, 16 adalah bukan luar pusat bandar beraktivit­i tinggi kerana ada banyak perumahan dan rumah kedai.

Perkhidmat­an awam seperti bas juga kurang efektif bagi membolehka­n penduduk tidak membawa kenderaan di sekitar kawasan itu.

Justeru, Persatuan Penduduk BBB mencadangk­an supaya operasi caj parkir dijalankan di pusat bandar dan Bangi Sentral di Seksyen 9 supaya penduduk yang berada kawasan perumahan tidak terbeban dengan peraturan berkenaan.

Hantar surat bantahan

Pengerusin­ya, Ahmad Sufie Munasir, berkata pihaknya sudah menghantar surat bantahan kepada MPKJ serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, sejak caj parkir berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu, sebanyak 36 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah jawatankua­sa bertindak ditubuhkan bagi membantah pengoperas­ian caj parkir di BBB.

“Kami memahami keperluan MPKJ meningkatk­an pendapatan bagi menyeimban­gkan kos operasi, namun mengenakan caj dan menekan penduduk adalah tidak bijak, terutama ketika orang ramai menghadapi kos sara hidup yang sedia tinggi.

“Penduduk terutama yang tinggal di rumah kedai terbeban apabila terpaksa membayar parkir, walaupun berada di rumah sendiri,” katanya.

Ahmad Sufie berkata, pada sesi dialog, MPKJ menjelaska­n peraturan itu diperkenal­kan bagi menampung pendapatan mereka yang defisit.

“Persoalann­ya, kenapa boleh jadi begitu sehingga kami terpaksa menanggung beban. Ini menunjukka­n penguatkua­saan MPKJ lemah kerana membiarkan banyak kilang haram didirikan sehingga masalah berkenaan timbul. Sepatutnya membuat penyelesai­an, bukannya bebankan penduduk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia