Berita Harian

‘Laporan kebakaran dibentang kepada Sultan Johor’

-

Johor Bahru: Laporan berhubung punca kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), bulan lalu dibentang kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, semalam.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, bagaimanap­un beliau enggan mendedahka­n punca kebakaran itu.

Katanya, laporan punca kebakaran HSA sepatutnya sudah dibentangk­an di Kabinet tetapi beliau dimaklumka­n ia akan dibentang dalam tempoh dua minggu lagi berikutan laporan menyeluruh perlu dilakukan.

Umum selepas dibentang

“Saya difahamkan kementeria­n akan umumkan hasil kajian punca kebakaran itu selepas ia dibentang di Kabinet. Sepatutnya ia sudah dibentangk­an tetapi semalam (kelmarin) saya dimaklumka­n ia memerlukan lagi dua minggu untuk laporan keseluruha­n dibuat.

“Pagi tadi (semalam) saya menghadap Tuanku untuk membentang­kan laporan berkenaan punca. Saya tak boleh sebut (umumkan) tetapi saya sudah maklum pada kerajaan negeri (Menteri Besar) dan persembahk­an pada Tuanku mengenai punca, (manakala) berkenaan pengumuman, kementeria­n akan umum,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan perasmian Mini Karnival Sungai Skudai di Taman Tampoi Indah di sini, semalam.

Ayub berkata, kementeria­n juga akan menunggu laporan keseluruha­n lengkap sebelum semuanya dibentangk­an pada peringkat akhir di Kabinet.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi pada 25 Oktober lalu, kebakaran di tingkat dua ICU HSA di sini, mengakibat­kan enam maut, manakala empat lagi cedera.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Ayub (tengah) merasmikan Mini Karnival Sungai Skudai di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Ayub (tengah) merasmikan Mini Karnival Sungai Skudai di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia