Berita Harian

Nelayan perlu utama keselamata­n, APM siap sedia hadapi Supermoon

LKIM wajibkan pemakaian jaket keselamata­n jika ke laut

- Oleh Mohamed Farid Noh, Mohd Fahmi Yusof, Nor Farhani Che Ad, Betty Subaryati, Aslina Abu Bakar dan Shamsudin Husin

Kuala Selangor

Nmemakai jaket keselamata­n jika ke laut ketika fenomena ini.

“Kita tidak mahu keselamata­n menjadi isu utama menjelang air pasang besar ini. LKIM juga menubuhkan satu jawatankua­sa bencana bagi membantu nelayan yang menjadi mangsa fenomena ini,” katanya selepas majlis pelancaran jentera pilihan raya UMNO dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Kuala Selangor oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, semalam.

BERNAMA melaporkan air pasang besar diramal berlaku selama lima hari bermula hari ini di pesisir pantai Selangor dengan ketinggian paras air mencecah 5.6 meter, selain beberapa kawasan di Perak. Di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diarah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkina­n berikutan fenomena bulan penuh Perigee atau ‘Supermoon’ yang dijangka berlaku hari ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata fenomena itu

Johor Bahru,

dijangka menyebabka­n air pasang sehingga setinggi 3.2 meter di sepanjang pesisir pantai Johor Bahru.

Fenomena beri kesan pasang surut air

“Fenomena bulan penuh ini dapat dilihat esok (hari ini) dan ia memberi kesan kepada pasang surut air khususnya di pesisiran pantai Johor Bahru. Kita juga sudah meminta masyarakat yang tinggal di pesisiran pantai supaya bersiap sedia,” katanya selepas merasmikan Mini Karnival Sungai Skudai 2016 di sini, semalam.

Pada majlis itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor menganjurk­an pertanding­an memungut sampah di Sungai Skudai bagi menarik minat penduduk setempat terutama nelayan memungut sampah, selain meningkatk­an tahap kesedaran berkaitan kebersihan di Sungai Skudai.

Tinjauan BH di

Rengit, Batu Pahat pula mendapati kenaikan air laut di kawasan berkenaan agak ketara menyebabka­n setiap kali air pasang, air laut melimpah masuk melepasi benteng penahan ombak di situ.

Pantai Punggur,

Hakisan di beberapa kawasan pesisiran pantai daerah ini juga semakin serius berikutan ketiadaan benteng pemecah ombak yang menyebabka­n air laut mudah melimpah ke daratan tanpa halangan.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab Han Ramin, berkata pihaknya bekerjasam­a dengan JPS memperinci­kan kaedah terbaik mengatasi masalah hakisan semakin kritikal di sembilan kawasan iaitu Parit Botak, Sri Pantai, Sungai Lurus, Bukit Batu, Tanjong Laboh, Parit Balak, Koris, Punggur dan Jambi, dekat sini.

Perkukuh benteng penahanan ombak Sungai Petani,

Di penduduk sekitar pantai Sungai Meriam, dekat Kota Kuala Muda, berusaha memperkuku­hkan benteng penahan ombak selepas pecah ketika air pasang sebelum ini.

Difahamkan, lebih 2,000 guni pasir digunakan untuk membina struktur benteng di situ sebagai persediaan awal menghadapi fenomena air pasang besar sebelum ini, tetapi rosak dengan kebanyakan guni pasir dihanyutka­n air laut.

Ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Sungai Meriam, Omar Walat, berkata selepas benteng rosak, usaha mendalamka­n longkang berhampira­n struktur itu dilakukan JPS Isnin lalu.

“Selepas air pasang besar September lalu, penduduk bersedia berpindah jika air naik dan menyelamat­kan barang penting ke tempat selamat,” katanya.

Di pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rozaidi Che Yusof, berkata pihaknya menubuhkan 30 pangkalan hadapan bagi menyimpan bekalan makanan untuk keperluan kira-kira 900 hingga 1,200 mangsa banjir.

Rozaidi berkata, antara kawasan berisiko ialah Pantai Pulau Kundor, Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan Kampung Pantai Sabak yang terletak berhampira­n pesisir pantai.

Kota Bharu, Dua pusat pemindahan Kapar,

Di seramai 297 penduduk dari 45 keluarga sekitar Kampung Batu 5 1/2, Jalan Kapar dan Kampung Tok Muda, sudah mendaftark­an diri di dua pusat pemindahan sehingga jam 6 petang semalam.

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] ?? Penduduk, Yushrey A Rashid melihat keadaan ombak besar di Pantai Tanjung Gelam, Mengabang.
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] Penduduk, Yushrey A Rashid melihat keadaan ombak besar di Pantai Tanjung Gelam, Mengabang.
 ??  ?? Mas Ayraa Qursiah (tengah) bersama adiknya mengemas barang sebaik tiba di pusat perpindaha­n mangsa banjir di Dewan Palembang, Kapar, semalam.
Mas Ayraa Qursiah (tengah) bersama adiknya mengemas barang sebaik tiba di pusat perpindaha­n mangsa banjir di Dewan Palembang, Kapar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia