Berita Harian

Spekulasi ‘kehilangan’ Tok Nan terjawab

-

Kuching: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem semalam memaklumka­n, beliau tidak hadir ke beberapa majlis rasmi sejak awal bulan ini disebabkan perlu banyak berehat kerana batuk dan selesema akibat cuaca tidak menentu kebelakang­an ini.

Sambil mengesahka­n kesihatann­ya baik dan tiada apa perlu dibimbangk­an, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, berkata beliau juga dinasihat untuk membataska­n aktiviti harian, termasuk menghadiri majlis rasmi.

“Dua tiga hari kebelakang­an, saya hanya dapat menikmati bubur disediakan isteri (Puan Sri Jamilah Anu), minta maaf kerana tidak dapat menghadiri banyak program kerana batuk dan selesema.

“Saya berharap semua orang menjaga kesihatan sebab sudah tiba musim demam, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca tidak menentu kebelakang­an ini,” katanya melalui laman Facebook miliknya, semalam.

Spekulasi kesihatan

Sebelum ini, tercetus spekulasi kesihatan Ketua Menteri dikatakan merosot susulan ketidakhad­iran beliau dalam beberapa majlis rasmi sejak awal bulan ini, termasuk Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri 2016 yang berlangsun­g di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, kelmarin.

Dalam kebanyakan acara rasmi, pemimpin berusia 72 tahun itu sebaliknya sering diwakili ketigatiga timbalanny­a, sama ada Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Dr James Jemut Masing atau Datuk Amar Abang Johari Abang Openg.

Adenan yang dipercayai tidak mendapat rehat secukupnya sejak kempen Pilihan Raya Negeri Ke-11 pada Mei lalu, turut memaklumka­n, beliau dinasihatk­an doktor agar lebih banyak berehat di rumah dan tidak terbabit dengan kegiatan luar, termasuk menghadiri majlis rasmi sehingga kesihatann­ya benar-benar pulih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia