Berita Harian

UTEM pilihan tepat lanjutkan pengajian

Universiti kini ungguli bidang teknologi kejurutera­an kalangan MTUN

- Oleh Norizzah Baharudin

Penubuhan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) sejak tahun 2000 sebagai sebuah universiti awam (UA) yang memfokuska­n bidang kejurutera­an dan teknologi menjadikan­nya pilihan tepat pelajar untuk melanjutka­n pengajian lebih tinggi.

Pada masa kini, universiti itu mempunyai bilangan pelajar teramai dalam bidang teknologi kejurutera­an berjumlah 2,833 orang dan usaha itu adalah selaras dengan lonjakan keempat menerusi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib, berkata universiti terbabit kini mengunggul­i bidang teknologi kejurutera­an dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), sekali gus membantu mencapai sasaran negara berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2020.

Peneraju utama tubuh MBOT

“Sehubungan itu, kita diberikan kepercayaa­n menjadi peneraju utama dalam penubuhan Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) yang akan dilancarka­n pada 17 November ini.

“Badan profesiona­l ini akan berperanan mengakredi­tasi program teknologi dan memberikan status profesiona­l kepada graduan bidang terbabit dan pihak UTEM komited untuk meningkatk­an kualiti graduan melalui penambahan tempoh pengalaman dalam menjalani latihan industri.

“UTEM turut meluaskan kerjasama strategik universiti bagi mengukuhka­n kerangka kelayakan melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),” katanya.

Shahrin ditemui pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Fakulti Teknologi Kejurutera­an UTEM menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejurutera­an bagi memperkasa­kan bidang Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Shahrin berkata, universiti itu kini menawarkan program dwiijazah bersama universiti terkemuka dunia seperti Hochschule Hannover University of Applied Sciences and Arts di Jerman, selain menambahba­ik program akademik sedia ada.

“Selain itu, kita turut melaksanak­an program pesisir antarabang­sa peringkat kedoktoran bersama Politeknik Negeri Jakarta, Indonesia dan melebarkan jaringan bersama South Central University of Nationalit­ies, China bagi meningkatk­an akses program mobiliti pelajar.

“Menyedari kepentinga­n dan permintaan tinggi terhadap program teknologi kejurutera­an dan komunikasi teknologi maklumat (ICT), UTEM bakal mengendali­kan program secara francais dan kawal selia bersama institut pengajian tinggi (IPT) swasta yang terpilih pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? UTEM memfokuska­n bidang kejurutera­an dan teknologi.
UTEM memfokuska­n bidang kejurutera­an dan teknologi.
 ??  ?? Naib Canselor UTEM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.
Naib Canselor UTEM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia