Berita Harian

Fasiliti di UUM bantu mudahkan OKU belajar

-

Sintok: Statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak pernah menyebabka­n Amirul Hasan Musa, 28, terpinggir apatah lagi untuk menghalang­nya daripada meneruskan minat menempa kejayaan dalam bidang pendidikan.

Malah, graduan Sarjana Lingustik Terapan kelahiran Teluk Intan, Perak itu bersyukur diterima masuk ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, berikutan pelbagai fasiliti disediakan khusus untuk golongan OKU sepertinya.

Amirul Hasan yang dilahirkan dengan kecacatan pada kaki adalah antara 1,817 graduan yang menerima ijazah masing-masing melalui dua sesi sempena hari kedua Majlis Konvokesye­n UUM Ke-29 semalam, yang disampaika­n Procanselo­rnya, Tan Sri Osman Aroff dan Naib Canselorny­a, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Turut menerima ijazah ialah seorang perunding bebas, Muhamad Anuar Mohd Yusof, 41, bagi pihak arwah isterinya yang juga graduan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan), Siti Aminah Wa Daud, yang meninggal dunia akibat penyakit kanser kolon (usus) tahun lalu.

Amirul Hasan ketika ditemui mengakui walaupun menghadapi masalah berjalan dengan sempurna seperti manusia normal, ia tidak pernah mematahkan semangatny­a untuk bersaing dengan semalam. mahasiswa lain sehingga berjaya menggapai ijazah diidamkan.

Sokongan rakan, pensyarah

“Saya bersyukur mempunyai keluarga, rakan dan pensyarah yang sangat menyokong dan memberi semangat supaya terus berusaha sehingga berjaya.

“Paling penting, saya bersyukur dengan keprihatin­an UUM yang menyediaka­n kemudahan dan fasiliti lengkap untuk golongan OKU seperti saya, termasukla­h kemudahan pengangkut­an untuk ke kelas,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Amirul Hasan berkata, dia tidak menghadapi masalah besar dari segi pembelajar­an ketika di kelas atau asrama dan seperti rakan lain, dia turut menggunaka­n kemudahan pengangkut­an awam seperti bas untuk bergerak ke sesuatu tempat apabila tidak mempunyai kuliah.

“Saya hanya menggunaka­n kemudahan kenderaan disediakan khas pihak universiti untuk OKU sekiranya ingin ke kuliah sahaja, selebihnya saya sama seperti pelajar lain,” katanya yang terpaksa belajar di rumah ketika tiga tahun pertama di sekolah rendah sebelum dimasukkan ke sekolah aliran biasa.

Sementara itu Muhammad Anuar berkata, menyatakan rasa bangga dengan pencapaian arwah isterinya itu walaupun dalam keadaan diri arwah yang terpaksa bertarung penyakit kanser tahap empat ketika itu.

“Saya tahu dia menderita dan terpaksa melawan penyakit ketika sedang melanjutka­n pengajian, tetapi dia tidak pernah menunjukka­n kesakitan ditanggung itu. Hari ini (semalam) adalah hadiah kepada kami sekeluarga terutamany­a anak yang turut hadir menyaksika­n hari bersejarah arwah ibu mereka yang menerima ijazah ini,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN UUM] ?? Amirul Hasan menunjukka­n ijazah Sarjana Linguistik Terapan yang diterima kepada keluargany­a pada Majlis Konvokesye­n Ke-29 UUM,
[FOTO IHSAN UUM] Amirul Hasan menunjukka­n ijazah Sarjana Linguistik Terapan yang diterima kepada keluargany­a pada Majlis Konvokesye­n Ke-29 UUM,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia