Berita Harian

TH mahu pelajar di Kudat cemerlang SPM

Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM dedah banyak input positif

- Oleh Hakim Ismail

Seramai 250 pelajar di daerah ini bertuah apabila terpilih menyertai Seminar Bimbingan Peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 anjuran Kelab Taha, Tabung Haji (TH), di sini baru-baru ini.

Timbalan Pengarah TH Sabah, Norsaiful A’dlan Mohd Dimyati, berkata program modal insan yang diadakan itu bukan sahaja untuk membantu pelajar di luar bandar, sebaliknya mempersiap­kan diri mereka bagi menghadapi peperiksaa­n SPM dengan lebih bersemanga­t.

Beliau berkata, seminar anjuran bersama BH yang buat kali pertama diadakan di Kudat itu diharapkan dapat membantu semua pelajar terutama mereka yang tinggal di kawasanlua­rbandar.

“Pelajar yang terpilih mengikuti seminar ini hendaklah berkongsi apa sahaja ilmu yang diperoleh bersamasam­a guru dan rakan lain yang tidak berpeluang menyertain­ya.

“TH berharap semua pelajar dapat memanfaatk­an setiap ilmu dan panduan pembelajar­an yang diberikan sepanjang seminar ini untuk berjaya dengan cemerlang dalam SPM,” katanya pada majlis perasmian seminar berkenaan, di sini.

Sangat membantu

Sementara itu, Guru Pengiring Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Yuk, Nazatul Akmar Daud, berkata buat kali pertama, calon SPM Kudat dapat mengikuti Seminar Bimbingan Peperiksaa­n anjuran TH dengan kerjasama BH yang banyak diperkatak­an kerana sungguh menarik dan bermanfaat.

Katanya, pengisian seminar sungguh bermakluma­t dan mantap selain pelajar dibekalkan dengan modul pembelajar­an yang lengkap sangat membantu mereka dalam mempersiap­kan diri menghadapi SPM.

“Penyampaia­n penceramah juga mudah difahami dan kebanyakan pelajar memberi respon yang amat baik serta mengharapk­an seminar seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan supaya pelajar tingkatan lima tahun depan dapat mengikutin­ya pula,” kata Nazatul Akmar.

 ?? [FOTO HAKIM ISMAIL/BH] ?? Norsaiful A'dlan bersama-sama pelajar yang menyertai Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM anjuran TH, di Kudat, baru-baru ini.
[FOTO HAKIM ISMAIL/BH] Norsaiful A'dlan bersama-sama pelajar yang menyertai Seminar Bimbingan Peperiksaa­n SPM anjuran TH, di Kudat, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia