Berita Harian

4 strategi jadi paksi bajet

Peruntukan RM1.06B cukup realistik pacu pembanguna­n negeri

-

Laporan Adha Ghazali dan Suzalina Halid

Bajet Kedah 2017 dibentangk­an semalam membabitka­n peruntukan RM1.06 bilion dengan defisit RM75.5 juta berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM734.7 juta.

Melalui bajet bertemakan ‘Muafakat Memacu Ekonomi Mendaya Potensi Negeri’ itu, sejumlah RM810,232,362 diperuntuk­kan untuk perbelanja­an mengurus dan RM256,436,825 lagi untuk perbelanja­an pembanguna­n.

Empat strategi utama menjadi paksi Bajet Kedah 2017, iaitu Meningkatk­an Perolehan dan Perbelanja­an Hasil Secara Cekap dan Berhemah; Menambah Nilai Selain Meneroka Potensi Ekonomi Baharu; Mencergask­an Aktiviti Ekonomi Rakyat dan Menangani Isu Kebajikan Rakyat Berbilang Kaum Melalui Langkah Betul.

Ketika membentang­kan bajet berkenaan, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang percaya Bajet Kedah 2017 cukup realistik dengan fokus cukup jelas, mengajak semua pihak termasuk pembangkan­g memainkan peranan konstrukti­f serta berganding bahu memacu dan menggilap potensi ekonomi negeri.

Pertahan pencapaian KDNK

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari lalu, berkata Kedah juga dijangka mampu mempertaha­nkan pencapaian Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahap 4 hingga 4.5 peratus tahun depan.

Turut mengumumka­n peruntukan RM3.045 juta sebagai bayaran khas RM500 untuk setiap 6,090 penjawat awam negeri pada akhir tahun ini, beliau berkata, peningkata­n perolehan kesan penguatkua­saan dan semakan hasil tanah serta kutipan premium tanah banyak membantu pertumbuha­n ekonomi negeri.

“Beberapa segmen perolehan hasil negeri perlu disemak bagi mengelak ketirisan berterusan terutama Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, selain penambahba­ikan prosedur operasi standard (SOP) dalam penguatkua­saan Akta Duti Hiburan 1953.

“Pada masa ini prestasi hasil negeri menunjukka­n peningkata­n ketara 9.07 peratus atau perbezaan RM37 juta berbanding tahun lalu. Kita percaya sasaran kutipan sehingga 70 peratus daripada anggaran bajet tahun lalu mampu dicapai sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutua­n yang mempertimb­angkan pinjaman bagi baki pembayaran tertangguh projek pembanguna­n kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berjumlah RM266 juta, dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Ahmad Bashah (tengah) bersama barisan EXCO semalam. menunjukka­n Buku Bajet selepas pembentang­kan di Wisma Darul Aman,
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Ahmad Bashah (tengah) bersama barisan EXCO semalam. menunjukka­n Buku Bajet selepas pembentang­kan di Wisma Darul Aman,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia