Berita Harian

Masalah bekalan air bersih selesai tempoh tiga tahun

-

Alor Setar: Masalah bekalan air bersih di seluruh Kedah, terutama di kawasan berdepan tekanan air rendah, dijangka diselesaik­an sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun bermula 2017.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim, berkata lebih RM188 juta diperuntuk­kan dalam Bajet Kedah 2017 untuk tujuan itu, berbanding RM92 juta tahun ini.

Katanya, peruntukan besar itu membuktika­n komitmen kerajaan negeri dalam menyelesai­kan isu berkenaan dengan tumpuan kepada usaha meningkatk­an kapasiti pengeluara­n air, terutama Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang yang sudah mencapai tahap maksimum.

Naik taraf loji utama

“Kita akan naik taraf, pertingkat­kan infrastruk­tur beberapa loji utama. Contohnya LRA di Bukit Pinang memang sudah maksimum, jadi akan cuba tambah. Semua projek ini mengambil masa dan saya rasa menjelang 2020, isu boleh selesai termasuk tekanan air rendah khususnya sekitar Pokok Sena dan Padang Terap.

“Masalah sekarang bukan bekalan air paip tak sampai kepada pengguna, cuma tekanan rendah. Jadi, kita tampung dengan memastikan Syarikat Air Darul Aman (SADA) hantar bekalan ke kawasan bermasalah,” katanya selepas pembentang­an Bajet Kedah 2017, semalam.

Ketika membentang­kan bajet itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memaklumka­n kerajaan negeri akan menyelesai­kan isu air, termasuk di Sik, Pokok Sena, Pelubang serta usaha menaik taraf LRA Kulim Hi-tech, Jenun Baru, Bukit Selambau, Sungai Limau, Bandar Baharu dan pembanguna­n bekalan di Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia