Berita Harian

Pesakit mental serang polis mati ditembak

Suspek dipercayai tak ambil ubat penenang ikut jadual

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Seorang pesakit mental yang mengamuk, dipercayai kerana tidak mengambil ubat penenang mengikut jadual, mati ditembak selepas menyerang Ketua Polis Balai Bukit Besar, Sarjan Mejar Yusuf Ahmad, dengan sabit di sebuah rumah di Jalan Pendekar, FELDA Pasir Raja di sini, semalam.

Dalam kejadian 4.45 pagi itu, lelaki berusia 43 tahun itu yang mengenai dua das tembakan, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superinten­dan Rahmat Othman, berkata insiden itu bermula jam 7 malam kelmarin, selepas Yusof bersama lima anggotanya dan dua kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Besar pergi ke rumah itu setelah menerima aduan mengenai seorang pesakit mental mengamuk.

Sejurus tiba di lokasi, anggota polis mengetuk pintu rumah itu sambil memujuk lelaki berkenaan menyerah diri.

“Bagaimanap­un, lelaki terbabit bertindak agresif dengan menyerang Yusuf yang menyebabka­n cedera di tangan dan rusuk kiri. Yusuf kemudian dihantar ke Hospital Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bersenjata sabit

Rahmat berkata, anggota itu meninggalk­an rumah berkenaan sebelum sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bersama Pasukan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pergi ke kediaman itu untuk menahan suspek, jam 4.15 pagi semalam.

Suspek bersenjata­kan sabit yang berada dalam rumah itu, masih dalam keadaan agresif menyebabka­n usaha memujuknya supaya menyerah diri gagal.

Anggota berkenaan yang turut membawa taser gun serta alat pelindung, memasuki rumah itu menerusi pintu belakang.

Ketika anggota itu di ruang makan, tiba-tiba suspek yang bersenjata­kan sabit meluru ke arah anggota berkenaan.

“Anggota itu melepaskan tembakan menggunaka­n taser gun tetapi tidak mendatangk­an kesan.

“Lelaki itu terus meluru ke arah anggota polis yang menyebabka­n pasukan itu terpaksa melepaskan dua tembakan ke arah suspek yang kemudianny­a terus rebah,” katanya.

 ?? [FOTO MUSTAPHA ISMAIL/BH] ?? Lokasi rumah seorang lelaki yang disyaki sakit mental yang menyerang seorang pegawai polis di Jalan Pendekar, FELDA Pasir Raja, Kota Tinggi, semalam.
[FOTO MUSTAPHA ISMAIL/BH] Lokasi rumah seorang lelaki yang disyaki sakit mental yang menyerang seorang pegawai polis di Jalan Pendekar, FELDA Pasir Raja, Kota Tinggi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia