Berita Harian

Perkelahan hujung minggu berakhir tragedi

Pelajar madrasah mandi laut hilang dihanyut arus deras

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Perkelahan 46 pelajar bersama tiga guru pengiring dari Madrasah Darul Ulung Alfatah, Samariang di Pantai Damai, di sini, berakhir tragedi selepas seorang daripada pelajar terbabit hilang dihanyutka­n arus deras.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Aslam Husaini, 19, bersama dua lagi rakannya dikatakan sedang berenang ke kawasan berbatu berhampira­n lokasi kejadian sebelum dihanyutka­n arus kuat.

Difahamkan, sebelum kejadian, guru pengiring mengarahka­n semua pelajar kembali ke kawasan pantai selepas mengesan keadaan arus agak luar biasa di lokasi perkelahan itu yang terletak berhampira­n sebuah pusat peranginan terkenal.

Bagaimanap­un, mangsa bersama dua rakannya dipercayai memilih jalan pintas dengan berenang ke kawasan berbatu itu, namun arus kuat menyebabka­n ketiga-tiganya hanyut.

Dua berjaya diselamat

Bagaimanap­un, dua mangsa iaitu Abang Muhd Shahrin Abang Moktar, 15, dan Muhsin Asep Jalaluddin, 17, berjaya diselamatk­an rakan pelajar lain yang melihat kejadian berkenaan sebelum menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak bagi meminta bantuan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA), dengan penumpuan di kawasan berbatu iaitu lokasi terakhir mangsa dilaporkan kelihatan sebelum hilang.

“Berdasarka­n maklumat guru pengiring, semua pelajar yang sedang mandi diarahkan kembali ke kawasan pantai selepas keadaan arus di lokasi perkelahan didapati tidak menentu dan agak berbahaya.

“Ketika kejadian, mangsa dan dua lagi rakannya cuba kembali ke gigi pantai dengan berenang ke kawasan berbatu yang terletak berhampira­n, namun dihanyutka­n arus. Dua rakannya cuba membantu mangsa, namun gagal lalu terus berenang menyelamat­kan diri ke kawasan pantai sebelum dibantu rakan pelajar lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, kehilangan mangsa disifatkan sedikit berlainan kerana berlaku ketika cuaca normal walaupun kebiasaann­ya musim tengkujuh membawa angin kuat dan hujan lebat.

“Difahamkan, mangsa berhempas pulas mengapungk­an diri mahu menuju semula ke arah kawasan berbatu, namun hilang akibat ditarik arus kuat,” katanya.

Katanya, operasi SAR ditamatkan kira-kira jam 7.30 malam berikutan cuaca gelap, namun anggota penyelamat masih ditempatka­n di lokasi kejadian untuk memantau keadaan.

“Operasi SAR dijangka disambung semula sebaik cuaca cerah dan air surut pagi esok (hari ini) dengan lokasi pencarian mungkin diperluask­an,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Operasi SAR mencari pelajar hilang dihanyutka­n arus deras di Pantai Damai, Santubong, semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA] Operasi SAR mencari pelajar hilang dihanyutka­n arus deras di Pantai Damai, Santubong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia