Berita Harian

Fit Masjid tarik minat orang muda

Gabungan program ibadah, riadah perluas peranan institusi agama

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Idea menggabung­kan aktiviti ibadah dan riadah untuk mendekatka­n belia dengan masjid diterjemah­kan Kementeria­n Belia dan Sukan melalui penganjura­n program Fit Masjid, bermula tahun ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata tanggapan masjid hanya berfungsi sebagai tempat ibadat semata-mata dan lebih sesuai untuk golongan berusia, tidak tepat kerana peranan institusi agama itu lebih besar.

Medan penyatuan umat

Beliau berkata,, masjid seharusnya menjadi medan penyatuan umat Islam tanpa mengira peringkat umur, sekali gus membolehka­n peranannya diperluask­an dengan penganjura­n program yang digemari orang muda.

“Program Fit Masjid mempunyai tujuan mengimarah­kan masjid dengan ibadah seperti solat berjemaah, berzikir, membaca al-quran dan ibadah lain dan dalam pada masa sama diselitkan aktiviti riadah.

Program ibadah, riadah

“Dengan gabungan program ibadah dan riadah ini, kita berharap golongan muda lebih tertarik untuk mengunjung­i masjid kerana mereka tahu aktiviti digemari boleh juga dilakukan di kawasan masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Fit Masjid 2016 peringkat kebangsaan di Masjid At-taqwa, Paroi di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahr­i Idris.

Pada program berkenaan, lebih 1,000 orang termasuk Khairy hadir seawal jam 5 pagi, untuk menyertai qiamullail, usrah dan solat Subuh berjemaah yang diakhiri dengan kuliah Subuh.

Selepas itu program diteruskan dengan aktiviti Fun Ride dan Fun Walk, masing-masing sejauh 10 dan lima kilometer.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] ?? Khairy Jamaluddin melepaskan peserta acara Fun Walk sempena program Fit Masjid Peringkat Kebangsaan 2016 di Masjid At-taqwa, Paroi, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH] Khairy Jamaluddin melepaskan peserta acara Fun Walk sempena program Fit Masjid Peringkat Kebangsaan 2016 di Masjid At-taqwa, Paroi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia