Berita Harian

Institut Akauntan KTC anjur seminar bajet, GST

-

Johor Bahru: Institut Akauntan KTC yang sudah bertapak di negeri ini sejak 1997 akan menganjurk­an seminar berkaitan Bajet 2017 dan maklumat terkini cukai barang dan perkhidmat­an (GST).

Seminar yang sesuai untuk usahawan kecil dan sederhana, eksekutif perakaunan, akauntan, pengarah dan pengurus kewangan itu akan diadakan pada 14 November hingga 3 Disember ini di tujuh cawangan KTC iaitu, di Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Muar, Skudai, Nusajaya dan Desa Cemerlang, dekat sini.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Chong Chai Pin, berkata sesi tiga jam dalam seminar itu akan dikendalik­an dalam bahasa Inggeris bermula jam 9 pagi dan Mandarin dari jam 1 tengah hari dengan yuran penyertaan bagi perseorang­an ialah RM120, manakala berkumpula­n empat orang dikenakan RM400.

“Seminar ini antara lain akan memberi peluang kepada peserta mengetahui maklumat terkini GST yang berkuat kuasa 1 April tahun lalu, selain mendapatka­n perkembang­an lain supaya tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, beliau meminta pihak yang berminat menghubung­i talian 07-2221998 di Johor Bahru, 07-4326070 (Batu Pahat), 07-7760998 (Kluang) dan 069533185 (Muar) atau Pusat Latihan Korporat KTC di talian 07-8618321 (Desa Cemerlang), 07-5545998 (Skudai) dan 07-5135991 (Nusajaya).

Sementara itu, Chai Pin berkata, sempena ulang tahun ke-20 KTC tahun depan, pihaknya menawarkan rebat 10 peratus yuran pendidikan kepada mereka yang mendaftar sebelum 30 November ini bagi mengikuti pengajian di institut berkenaan.

“Kami juga menawarkan biasiswa keseluruha­n kira-kira RM2 juta kepada pelajar yang mendapat keputusan 3A dan ke atas di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia, Sijil Peperiksaa­n Bersepadu dan Olevel,” katanya.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Chai Pin (tengah) pada sidang media seminar Bajet 2017 dan maklumat terkini cukai barang dan perkhidmat­an di Johor Bahru, semalam.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Chai Pin (tengah) pada sidang media seminar Bajet 2017 dan maklumat terkini cukai barang dan perkhidmat­an di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia