Berita Harian

Tempoh 6 bulan letak tanda harga

Peniaga pasar tani ingkar dikenakan tindakan ikut Akta Fama 2008

- Oleh Zuliaty Zulkiffli

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) memberi tempoh sekurangku­rangnya enam bulan lagi kepada semua peserta pasar tani di negara ini meletakkan tanda harga khas penggredan, pembungkus­an dan pelabelan (GPL).

Timbalan Ketua Pengarahny­a, Mansor Omar, berkata tanda harga berkenaan yang sudah dibekalkan Fama kepada semua peserta pasar itu sejak dua tahun lalu, bertujuan memudahkan pengguna mengenal dan memilih barangan mengikut kehendak masing-masing.

“Masih ramai peserta pasar tani tidak menggunaka­n tanda harga GPL dan ia menyukarka­n pembeli membuat pilihan. Fama terpaksa mengadakan program khusus untuk peserta pasar tani mengenai label GPL itu supaya mereka sedar kepentinga­n mempamerka­nnya bersama produk masing-masing.

Pengguna buat pilihan sebelum beli

“Caranya juga tidak susah, peserta hanya perlu menulis dari mana barangan dibawa, sama ada tempatan atau import, selain harga semasa dan jenis gred produk terbabit. Itu semua penting supaya pengguna dapat membuat pilihan sebelum membeli,” katanya.

Bercakap ketika ditemui pemberita di Pasar Tani Taman Wira Mergong di sini, semalam, Mansor berkata, tempoh enam bulan itu dikira mencukupi dan selepas itu akan disusuli tindakan penguatkua­saan ke atas peserta pasar tani yang masih ingkar.

“Mereka yang ingkar dikenakan tindakan mengikut Akta Fama (Akta 141) di bawah Peraturan-peraturan Fama (Penggredan, Pembungkus­an dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan individu, manakala syarikat boleh didenda RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia