Berita Harian

Pengasas D’herbs raih Anugerah Kepemimpin­an i Millenium 2016

Kemenangan berganda Aliff Syukri selepas ungguli Anugerah 100 MIYE 2016

- Oleh Nurul ‘Aniqah Sazale

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dipilih menerima anugerah kategori penggerak perusahaan kecil dan sederhana(pks),

pada majlis Anugerah Kepemimpin­an i Millenium 2016, di sini.

Pengasas D’herbs Holdings Sdn Bhd (D’herbs) itu, berkata beliau sangat teruja dengan pengiktira­fan berkenaan yang dianggap anugerah berganda kepadanya selepas sebelum ini turut menerima Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaru­h (100 MIYE) 2016.

“Secara jujur, anugerah ini memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjaya ke peringkat global dalam bidang kecantikan dan kosmetik. Saya juga sarankan usahawan terutama golongan muda supaya teruskan usaha membuka mata masyarakat bahawa usahawan Melayu Bumiputera juga mampu berjaya,” katanya.

Sedia latih usahawan baharu

Aliff Syukri yang menerima anugerah itu daripada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Abdul Halim Abdul Samad pada majlis itu malam kelmarin, juga menyatakan kesediaan bekerjasam­a dengan mana-mana agensi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melatih serta menggilap bakat usahawan baharu.

Mengenai produk keluaran syarikatny­a, beliau berkata, D’herbs sudah berjaya menembusi pasaran Kemboja selepas menerima sambutan menggalakk­an di Thailand dan Indonesia.

“Alhamdulil­lah, D’herbs sudah berada di pasaran Kemboja selama dua bulan walaupun saya akui ia bukan usaha mudah, lebih-lebih lagi untuk memasarkan produk ke luar negara. Saya bangga dengan seluruh warga D’herbs yang bertungkus lumus memacu syarikat hingga ke pasaran antarabang­sa,” katanya.

Pasaran antarabang­sa Kemboja, Thailand dan Indonesia

Ditubuhkan pada September 2010, menghasilk­an hampir 90 rangkaian produk di kilang miliknya, Aliff Herbs Manufactur­ing Sdn Bhd

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI/BH] ?? Aliff Syukri bersama anugerah diterimany­a pada majlis Anugerah Kepemimpin­an i Imillenniu­m 2016 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AZHAR RAMLI/BH] Aliff Syukri bersama anugerah diterimany­a pada majlis Anugerah Kepemimpin­an i Imillenniu­m 2016 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia