Berita Harian

Balai Bomba dan Penyelamat bakal dibina di Gambang

-

Kuantan: Kerajaan sedang mengenal pasti tapak sesuai bagi membina balai bomba dan penyelamat di kawasan Gambang, dekat sini.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, berkata peruntukan untuk membina balai bomba kelas C itu sudah diluluskan baru-baru ini dan wakil Pejabat Daerah Kuantan bersama wakil rakyat kawasan berkenaan sedang mencari kawasan strategik sebelum pembinaan dimulakan tahun depan.

Mudah salur bantuan

“Sebelum ini, kawasan Parlimen Paya Besar yang merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching, Sungai Lembing dan Lepar cuma ada sebuah balai bomba iaitu, di Taman Tas. Jadi, balai bomba baharu sangat diperlukan supaya bantuan dapat ke lokasi kejadian dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama warga kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Pahang yang turut dihadiri Pengarah JPNIN Pahang, Fairojiban­u Zainal Abidin di sini, malam kelmarin.

Abdul Manan berkata, pihaknya juga sudah mengemukak­an permohonan kepada kerajaan negeri dan Pusat bagi meluluskan pembinaan laluan pintas menghubung­kan Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas ke Jalan Pintasan Kuantan-pelabuhan.

Kawasan perumahan

“Sebelum ini jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas perlu guna laluan kawasan perumahan Lubuk Yu dan pekan Taman Tas yang padat dengan bangunan komersial sebelum memasuki jalan utama.

“Kalau boleh, laluan pintas yang dimohon diluluskan segera kerana ia dapat memudahkan kerja bomba dan penyelamat berbanding laluan sekarang yang bukan sahaja mengambil masa kerana sesak, tetapi turut membahayak­an penduduk setempat, terutama kanak-kanak di kawasan perumahan itu,” katanya.

 ??  ?? Abdul Manan Ismail
Abdul Manan Ismail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia