Berita Harian

Hargai pengorbana­n ibu bapa

-

Institusi keluarga adalah ejen sosial terkecil dalam masyarakat, namun memainkan peranan besar melahirkan insan cemerlang. Ibu bapa mempunyai tanggungja­wab besar kerana anak diibaratka­n seperti kain putih dan ibu bapalah yang mencorakka­n mereka.

Ustaz Muhammad Abdullah Al-amin, berkata keluarga adalah gedung bagi merebut pahala kerana Allah SWT menganuger­ahkan pahala kepada suami yang membantu isteri, begitu juga isteri membantu suaminya.

Melalui rancangan Pesona D’zahra disiarkan di IKIMFM, beliau mengatakan anak dan menantu yang sentiasa memastikan kemakmuran rumah tangga juga tidak ketinggala­n meraih pahala.

Namun, adat hidup berkeluarg­a tidak lepas daripada masalah dan ujian sama ada kecil atau besar. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu dihadapi yang kadangkala mengakibat­kan krisis dalam rumah tangga.

Ini disebabkan syaitan telah berjanji untuk menyesatka­n manusia, memperdaya hati serta fikiran seseorang dengan cara memporak-perandakan rumah tangga bahagia.

Institusi keluarga adalah asas sebuah masyarakat dan memainkan peranan penting bagi melahirkan generasi bertakwa serta beramal soleh. Tidak dapat dinafikan kejayaan dan keharmonia­n keluarga bermula daripada ketua keluarga.

Peranan ketua keluarga

Maka ketua keluarga atau bapa mempunyai peranan besar memikul tanggungja­wab telah diamanahka­n oleh Allah SWT bagi memastikan keluargany­a berada dalam keadaan aman dan sentiasa melaksanak­an perintah disyariatk­an oleh-nya.

Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertangg­ungjawabka­n terhadap pimpinanny­a, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggun­gjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluargany­a dan ia bertanggun­gjawab terhadap pimpinanny­a, seorang wanita adalah pemimpin dan ia bertanggun­gjawab terhadap rumah tangga suaminya dan ia bertanggun­gjawab terhadap pimpinanny­a.”

Selain ibu bapa, setiap anak perlu memikul tanggungja­wab membahagia­kan keluarga dengan berakhlak mulia dan berbudi bahasa. Tingkah laku anak yang sopan dapat menenangka­n ibu bapa mereka.

Ibu bapa mudah berkecil hati jika anak mengeluark­an kata-ka- ta kasar. Oleh itu, jagalah lidah jangan sampai terlanjur berkata kasar terhadap ibu bapa. Berlemah lembutlah terhadap mereka, walaupun kita tidak bersetuju dengan sikap mereka.

Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan sebagai anak yatim, tetapi Allah SWT menjadikan anak kecil itu tempat mencurah kasih sayang. Kelahiran Baginda pada tanggal 12 Rabiulawal tahun Gajah di kota Makkah sebagai pembuka rahmat di seluruh pelosok alam semesta.

Kasih sayang Baginda

Kelahiran Baginda SAW adalah peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda SAW memiliki kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirann­ya, tetapi juga semasa dan selepas dilahirkan.

Perkara ini dapat dibuktikan dengan keprihatin­an dan kasih sayang Baginda SAW yang tidak berbelah bahagi terhadap insan yang menatang Baginda bagai minyak yang penuh. Nama seperti Aminah, Halimatus Saadiah, Abdullah dan Abu Talib cukup dekat di hati Nabi Muhammad SAW.

Mereka banyak berjasa dan berkorban mengasuh serta memberikan didikan sempurna ketika hayat Baginda SAW. Selain itu, Baginda SAW cukup terkenal dalam memberikan layanan baik terhadap ibu dan bapa mentua.

Melihat senario itu, umat Islam perlu meneladani sifat Rasulullah SAW yang tidak pernah sesekali meminggirk­an insan bergelar ibu dan ayah yang telah membesarka­n Baginda serta mereka yang memelihara anak Baginda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia