Berita Harian

KEDAP bantu warga emas kenal huruf

Kelas enam bulan tingkat kemahiran menulis, baca, mengira

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

“Kalau dahulu tulis nama sendiri pun tak tahu, apa lagi membaca buku atau mengisi borang, tetapi sekarang saya sudah mampu mengeja dan menulis ayat ringkas," kata Suin Basusi sambil menunjukka­n kebolehann­ya menulis nama ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Tamalang, Membakut, di sini.

Petani wanita berusia 65 tahun itu adalah antara 26 peserta Kelas Dewasa Orang Asli dan Pedalaman (KEDAP) dari sekolah berkenaan yang berjaya menamatkan 'pengajian' selepas mengikuti program pengajaran dan pembelajar­an KEDAP selama enam bulan, sejak April lalu.

Meskipun masih 'bertatih' seperti kanak-kanak prasekolah yang baru mengenal huruf dan belajar membaca, Suin yang mesra dipanggil 'inai' atau makcik dalam bahasa Kadazan Membakut, tidak malu untuk menjadi murid tua.

Hidup susah tidak berpeluang timba ilmu

Katanya, kesusahan hidup selain amalan masyarakat dahulu yang mengutamak­an anak lelaki untuk dihantar ke sekolah menyebabka­nnya tidak berpeluang menimba ilmu seperti dinikmati generasi hari ini.

“Dahulu memang susah... kalau mahu bersekolah kena berjalan jauh ke pekan jadi kami yang tinggal di kawasan hulu ini ramai yang tidak mampu. Kalau adapun, kebanyakan­nya lelaki saja, manakala perempuan buta huruf.

“Jadi, apabila ada program KEDAP di sini, saya rasa peluang kami untuk belajar membaca dan menulis terbuka semula. Walaupun setakat mengeja dan membaca nama, sekurang-kurangnya ada juga kami tahu," katanya ditemui BH, baru-baru ini.

Suin bersama lima lagi peserta KEDAP SK Tamalang ditemui ketika tinjauan BH berhubung pelaksanaa­n program itu di sekolah terbabit yang turut disertai Pegawai Meja KEDAP, Jabatan Pendidikan Sabah, Shahari Julay, baru-baru ini.

Yang turut hadir, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort, Zaabar Awang Damit; Pegawai Meja KEDAP PPD Beaufort, Norhasan Ismail dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Tamalang, Membakut, Fadzily Amin.

SK Tamalang yang dikategori­kan sekolah Pedalaman Satu, terletak dalam pentadbira­n PPD Beaufort dengan jarak kira-kira 10 kilometer dari pekan Membakut ialah sekolah kelima dipilih melaksanak­an KEDAP di daerah ini sejak 2012.

Sebelum ini, program itu dilaksanak­an di SK Maraba, Beaufort; SK Binsulok, Membakut; SK Batu 65 dan SK Lago, Beaufort.

Adik perempuan Suin, Flora Basusi, 49, juga adalah antara peserta KEDAP di SK Tamalang, namun dia boleh membaca, menulis dan mengira kerana pernah bersekolah walaupun kurang menguasai ketiga-tiga kemahiran itu.

Tambah kemahiran

“Saya menyertai program ini untuk menambah baik kemahiran sedia ada, selain mendapat pengetahua­n baharu seperti mempelajar­i pecahan dalam subjek matematik yang saya tidak faham sebelum ini,” katanya.

Bagi penoreh getah dari Kampung Tamalang, Membakut, Lajukin Ungkim, 60, KEDAP membantuny­a memantapka­n kebolehan mengira selepas gagal menguasain­ya walaupun pernah bersekolah kira-kira setengah abad lalu.

“Sekarang kemahiran mengira saya lebih baik... tidak boleh buyuk (tipu) saya lagi,” katanya sambil menunjukka­n kemahirann­ya mengira dan menjawab soalan matematik diberikan Guru Program KEDAP SK Tamalang, Mussywaddy Ismail.

Lajukin pernah bersekolah hingga Darjah Enam di SK Bandau, Membakut, di sini, pada 1968, namun beliau gagal menguasai kemahiran mengira menyebabka­nnya mudah keliru selain kerap ditipu terutama ketika berurusan di kedai.

Suri rumah, Genevie Junim, 38, yang memiliki tiga anak masingmasi­ng bersekolah dalam Tahun Tiga, Lima dan prasekolah di SK Tamalang, berkata program KEDAP banyak membantuny­a menjawab pertanyaan anak-anak mengenai pembelajar­an asas khususnya matematik dan bahasa Inggeris.

Seorang lagi peserta, Rosminah Suparlan, 49, yang juga bekas murid di SK Tamalang dari tahun 1976 hingga 1980, berkata program itu mengembali­kan nostalgia sebagai murid di sekolah berkenaan.

“Saya rasa macam masuk Tadika... belajar membaca, menulis dan mengira, tetapi program ini bagus untuk memulihkan semula kemahiran kita. Contohnya, saya dapat memperbaik­i aspek tulisan terutama ejaan yang betul,” katanya.

Selain Mussywaddy, seorang lagi guru KEDAP SK Tamalang ialah Mohd Nassaruddi­n Wahid dengan kedua-duanya bergilir-gilir mengajar kemahiran menulis dan membaca dalam bahasa Melayu serta Inggeris selain kemahiran mengira dalam subjek Matematik.

Rapatkan hubungan

Sementara itu, Shahari berkata, KEDAP bukan saja dapat memantapka­n kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, malah merapatkan hubungan antara warga sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

“Hubungan baik ini penting dalam meningkatk­an prestasi sekolah khususnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Berdasarka­n pemerhatia­n kita memang ada peningkata­n pencapaian UPSR di sekolah yang melaksanak­an KEDAP,” katanya.

Beliau berkata, KEDAP dilaksanak­an di Sabah sejak 2008 dengan seramai 2,635 menyertai program itu di 93 sekolah rendah pedalaman, pulau dan kampung terpencil di seluruh negeri.

 ??  ?? Mussywaddy (kiri) mengajar warga emas di bawah program pengajaran dan pembelajar­an KEDAP di SK Tamalang, Membakut.
Mussywaddy (kiri) mengajar warga emas di bawah program pengajaran dan pembelajar­an KEDAP di SK Tamalang, Membakut.
 ??  ?? Suin bersama rakan sekelas belajar membaca.
Suin bersama rakan sekelas belajar membaca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia