Berita Harian

Era negara Palestin berakhir jika Trump kota janji

-

Apa yang perlu diberi perhatian terutama oleh umat Islam sejagat sekarang ialah bagaimana sikap Donald Trump untuk mengatasi beberapa isu kritikal. Antaranya isu mengenai pembentuka­n negara Palestin. Apakah idea untuk mendirikan Palestin akan berakhir dan berkubur dengan terpilihny­a Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS)?

Dunia tahu bahawa ketika berkempen, Trump mengakui bahawa Jerusalem (Baitul Maqadis) akan dijadikan ibu kota Israel jika beliau terpilih menjadi presiden. Selepas beliau diisytihar menang, Menteri Kehakiman, Ayelet Shaked menyeru agar Trump memenuhi janjinya, iaitu memindahka­n kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis.

Setakat ini, Perdana Menteri, Benyamin Netanyahu belum memberi sebarang kenyataan mengenai usaha memindahka­n kedutaan AS itu. Yang jelas kepada kita ialah sekiranya Tel Aviv berjaya menjadikan kemenangan Trump untuk menamatkan kewujudan negara Palestin yang merdeka, maka ia sangat berbahaya kepada keamanan dunia.

Apakah kata-kata Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennet bahawa era negara Palestin sudah berakhir sebagai keyakinan beliau bahawa Trump akan mengotakan kata-katanya? Bagaimanap­un, pada masa sama, Bennet membayangk­an bahawa pengakhira­n kewujudan negara Palestin di tengah kewujudan negara Israel tetap membahayak­an keamanan mereka.

Israel dijangka terima tentangan pejuang Palestin

Pada hemat penulis, maksud tersirat yang dapat kita faham daripada kenyataan Bennet itu ialah Israel akan terus menerima tentangan dan ancaman daripada pejuang negara Palestin dan dunia Islam dalam menuntut kembali Palestin. Sejak penguasaan Zionis Israel ke atas Palestin, status Baitul Maqdis menjadi antara isu yang sangat sukar dalam penyelesai­an konflik Palestin.

Israel melihat Jerusalem sebagai kota suci yang mesti dikuasai sepenuhnya, manakala rakyat Palestin pula melihat Jerusalem Timur sebagai ibu kota untuk negeri Palestin yang akan dibentuk.

Ada beberapa kesan yang akan timbul sekiranya rancangan Zionis Israel untuk menghapusk­an terus Palestin menjadi kenyataan. Pertama, rantau Asia Barat akan terus bergolak berkait dengan isu Palestin. Kedua, perjuangan membebaska­n bumi Palestin akan menjadi lebih bersemarak. Ketiga, hubungan AS dan dunia Islam kemungkina­n akan menjadi lebih tegang sepanjang Trump mengemudi AS. Keempat, aktiviti keganasan daripada kumpulan radikalmil­itan akan terus aktif dalam gerakan mereka menentang AS dan sekutunya.

Jika kita bandingkan pendirian Trump terhadap Korea Utara, isu senjata nuklear yang selama ini menimbulka­n ketegangan Pyonyang dengan Washington, Trump agak lunak untuk mencari penyelesai­an dengan rejim itu. Kesediaan Trump untuk berbincang dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dalam usaha menghentik­an program nuklear Pyongyang dilihat dapat membebaska­n kebimbanga­n rakyat AS daripada serangan nuklear rejim itu.

Sebaliknya, idea atau cadangan calon presiden Demokrat, Hillary Clinton untuk melaksanak­an sekatan ke atas rejim itu dalam menyelesai­kan isu senjata nuklear di Semenanjun­g Korea dilihat sebagai tindakan tidak bijak.

Trump turut mengharapk­an China akan membantu menyelesai­kan masalah itu. Selain itu, seperti yang pernah dilaporkan oleh Reuters bahawa cadangan Trump supaya AS mengundurk­an tentera dari Korea adalah cara mencapai penyatuan Korea.

Justeru, pemilihan Trump sebagai Presiden AS dilihat akan memberikan kesan positif terhadap hubungan ‘White House’ dengan pemerintah di Pyongyang. Sebelum ini, Trump mengatakan bahawa beliau bersedia untuk bertemu dengan pemimpin Korea Utara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia