Berita Harian

Clinton salahkan Pengarah FBI kalah pilihan raya

-

Washington: Calon Demokrat, Hillary Clinton tampil menyalahka­n Pengarah Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), James Comey di atas kekalahan mengejutka­n pada pilihan raya presiden, Selasa lalu dalam perbualan dengan pembiaya utama kempennya.

Clinton, dianggap hampir semua tinjauan pendapat sebagai calon popular bakal memenangi pilihan raya tetapi akhirnya calon Republikan, Donald Trump membuat kejutan terbesar selaku pemenang.

Wanita berusia 69 tahun itu tidak menonjolka­n diri sejak kekalahann­ya selepas menyampaik­an ucapan pada pagi Rabu.

Beliau memberitah­u penyokongn­ya pada Sabtu bahawa pasukannya sudah merangka memo yang meneliti perubahan tinjauan pendapat menjelang pilihan raya itu dan surat daripada Comey terbukti menjadi titik peralihan.

Siasatan semula kes

Bekas Setiausaha Negara itu menambah, keputusan Comey untuk memberitah­u khalayak mengenai siasatan semula ke atas pelayan emel beliau menyebabka­n sokongan merosot di Midwest, menurut sumber yang tahu mengenai perbualan itu.

Clinton kalah di Wisconsin, kali pertama sejak 1984 negeri itu memilih calon Republikan pada pilihan raya presiden.

Walaupun keputusan akhir di Michigan masih belum dikira, ia condong ke arah Republikan, di negeri yang kali terakhir memihak kepada calon parti itu pada 1988.

Comey menghantar surat kepada Kongres beberapa hari sebelum pilihan raya, mengumumka­n beliau membuka semula siasatan sama ada Clinton mengendali­kan secara salah maklumat sulit apabila menggunaka­n pelayan emel peribadi ketika menjadi Setiausaha Negara pada 2009 hingga 2012.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia