Berita Harian

Konflik Myanmar ragut lapan nyawa

Imej satelit tunjuk perkampung­an etnik Rohingya dibakar

-

Lapan orang maut dan 36 ditahan berikutan pertempura­n di antara tentera Myanmar dengan apa dipercayai kerajaan sebagai pejuang Rohingya di utara negeri Rakhine, semalam.

Dalam insiden itu seorang pegawai dan seorang askar terbunuh manakala enam mayat penyerang ditemui selepas itu.

Kira-kira 60 penyerang difahamkan bersenjata­kan senapang, pisau dan lembing melakukan serangan hendap ke atas tentera kerajaan, pagi kelmarin dengan pihak tentera membalas tembakan tapi terpaksa mendapatka­n bantuan helikopter tempur untuk menangkis serangan hendap.

Ratusan bangunan di perkampung­an etnik Rohingya di barat Myanmar pula dilaporkan dibakar, menurut imej baharu satelit yang disiarkan Human Rights Watch, semalam ketika pertempura­n baharu meletus di wilayah bergolak itu.

Penempatan minoriti Islam

Rakhine Utara yang menjadi kawasan penempatan minoriti Islam Rohingya dan bersempada­n Bangladesh, dikepung tentera sejak serangan mengejut bulan lalu di pos sempadan yang menyebabka­n sembilan anggota polis terbunuh.

Tentera membunuh berpuluhpu­luh penduduk dan menahan kumpulan etnik itu dalam usaha memburu penyerang yang dikatakan kerajaan adalah militan Rohingya yang ada kaitan dengan militan luar negara.

Analisis menunjukka­n lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampung­an Rohingya yang menjadi lokasi pertempura­n. Kumpulan itu berkata, api dan sisa kebakaran menunjukka­n kebanyakan­nya dilakukan dengan sengaja.

Imej terbaharu dirakam pada 10 November lalu. Pengarah Asia kumpulan itu, Brad Adams, berkata gambar terkini menunjukka­n pemusnahan besar-besaran yang lebih teruk daripada apa yang difikirkan.

“Pihak berkuasa Myanmar perlu segera menubuhkan siasatan dibantu Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) sebagai langkah pertama ke arah memastikan keadilan dan keselamata­n kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia