Berita Harian

Fenomena ‘supermoon’ jadi tumpuan dunia hari ini

-

New York: Fenomena bulan terbesar dan paling terang dalam tempoh hampir 70 tahun boleh disaksikan esok. Fenomena ‘supermoon’ itu menyaksika­n bulan penuh berada paling hampir dengan Bumi sejak 1948 dan fenomena sama hanya akan berlaku lagi sehinggala­h pada 2034.

Menurut Pentadbira­n Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat, orbit bulan sekeliling Bumi agak membujur, menyebabka­n kadang-kadang ia dekat dan kadang-kadang ia jauh.

Apabila bulan penuh ketika berada paling hampir dengan Bumi, ia dikenali sebagai ‘supermoon’.

Pada perigee, iaitu tahap bulan paling dekat dengan Bumi, ia berada 14 peratus lebih hampir dengan Bumi berbanding apogee, apabila bulan paling jauh dengan planet ini.

Esok bulan berada pada tahap paling hampir dengan Bumi selepas senja di India. Bulan penuh itu kelihatan lebih besar dan bersinar lebih 30 peratus.

“Perbezaan dalam jarak dari satu malam ke malam seterusnya amat kecil. Ia boleh disaksikan pada bila-bila masa selepas matahari terbenam.

“Disebabkan bulan penuh, ia akan terbit hampir masa yang sama dengan tenggelam.

Anda tidak perlu berjaga sepanjang malam untuk menyaksika­nnya, melainkan kalau benar-benar mahu berbuat demikian,” kata Timbalan Projek Saintis bagi Misi Orbit Pemantauan Bulan (LRO) NASA, Noah Petro.

Ia adalah ‘supermoon’ kedua daripada tiga fenomena itu berturut-turut, dan jika awan membayangi pemandanga­n hujung minggu ini, peluang lain menyaksika­n ‘supermoon’ terakhir adalah pada 14 Disember 2016.

Di Sydney, cuaca mendung dijangka menjejaska­n pemandanga­n ‚supermoon‘ yang dijangka berlaku, selepas matahari terbenam, hari ini.

Banyak lokasi di Asia Tenggara dan Australia dilanda musim hujan, ketika ini dan keadaan cuaca yang sering mendung.

Biro Meteorolog­i Australia (BOM) menjangkak­an jarak penglihata­n langit lebih rendah kerana keadaan cuaca mendung.

Peramal cuaca di BOM, Sarah Chadwick berkata, pemerhati di Sydney mungkin perlu mengharapk­an ruang kosong di antara awan untuk menyaksika­n bulan super itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia