Berita Harian

Aduriz cipta nama muncul peledak tertua

-

Barcelona: Aritz Aduriz muncul penjaring gol tertua Sepanyol apabila meledak gol terakhir ketika La Roja membelasah Macedonia 4-0 dalam kempen Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2018, semalam.

Pada usia 35 tahun dan 275 hari, penyerang tinggi lampai Athletic Bilbao itu lebih tua 50 hari berbanding pemegang rekod sebelum ini Jose Maria Pena yang melakukann­ya pada tahun 1930 ketika berdepan Portugal.

“Saya gembira berada di sini pada usia ini, saya menikmati dan berpuas hati dengan apa yang berlaku,” katanya selepas perlawanan. “Saya sentiasa melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan.

“Saya sentiasa mencuba, dan terpulang ia berakhir dengan baik atau buruk, tetapi yang penting saya sentiasa berusaha. Aksi ini menjadi begitu sukar kerana mereka berkampung di kawasan sendiri.”

Bagaimanap­un, Sepanyol berdepan tentangan sengit Macedonia sebelum mencatat kemenangan mudah dengan memperagak­an persembaha­n hebat babak kedua untuk kekal di tangga teratas kumpulan.

Menang besar

Jaringan sendiri Darko Velkovski memecahkan kebuntuan di Stadium Nuevo Los Carmenes di Granada pada minit ke-34 selepas skuad kendalian Julen Lopetegui terselamat daripada beberapa ketakutan awal.

Vitolo menggandak­an kelebihan pada minit ke-63 sebelum pertahanan Nacho Monreal dan penyerang gantian, Aduriz melengkapk­an kemenangan dalam tempoh selang seminit, ketika permainan berbaki lima minit.

Sepanyol kini mengunggul­i kumpulan dengan 10 mata, terikat dengan pasukan tangga kedua Itali, yang mencatat kemenangan 4-0 di Liechtenst­ein, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia