Berita Harian

Mourinho buru tiga bintang Atletico Madrid

Griezmann antara sasaran untuk ganti Rooney, Ibrahimovi­c

-

Jose Mourinho merancang untuk ‘memancing’ bukan dua, tetapi tiga bintang Atletico Madrid dalam usaha mengubah Manchester United menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Akhbar di England sebelum ini melaporkan pengurus United itu berminat untuk mendapatka­n penyerang utama Atletico, Antoine Griezmann dan pertahanan tengah, Jose Gimenez.

Begitupun, pengurus kelahiran Portugal itu turut dipercayai membariska­n pemain sayap Belgium, Yannick Carrasco dalam senarainya selepas menyaksika­n permainan pemain berusia 23 tahun itu ketika perlawanan menentang Belanda yang berakhir 1-1, minggu lalu.

Mourinho sedar ‘pembedahan’ besar-besaran diperlukan jika United yang masih dibimbingn­ya mahu menjadi pencabar kejuaraan yang asli.

Pilihan anugerah

Griezmann yang disenarai antara pilihan untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) 2016 turut diperhatik­an oleh Chelsea dan Manchester City.

Tetapi sumber rapat kepada pemain kelahiran Perancis berusia 25 tahun itu berkata dia lebih menggemari Old Trafford.

United dijangka tidak dapat menolak harga tinggi yang akan diberikan Atletico - sekitar £80 juta (RM444.54 juta) dalam usaha menambah seorang lagi pemain elit di dalam skuad itu ketika masa depan Wayne Rooney dan Zlatan Ibrahimovi­c terus diragui.

Kelab itu sudah mendedahka­n pertahanan Uruguay, Gimenez berada dalam radar Mourinho dalam usaha mengukuhka­n jentera pertahanan dengan kehadiran Carrasco memberi gambaran Mourinho tampak seperti sudah bersedia untuk melepaskan Memphis Depay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia