Berita Harian

Conte dedah rahsia Chelsea bangkit

-

London: Antonio Conte mendedahka­n kejayaan Chelsea yang menggunaka­n formasi 34-3 timbul secara tidak sengaja dan sebenarnya dianggap sebagai pelan D.

Chelsea memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baik menerusi tiga kemenangan berturut-turut.

Namun seri bertemu Swansea City dan kekalahan kepada Liverpool serta Arsenal pada September membuktika­n masih banyak yang perlu difikirkan.

Selama empat bulan di Stamford Bridge, Conte menghabisk­an masanya untuk memikirkan variasi taktikal yang ingin digunakan, namun susulan kekalahan kepada Arsenal, pengurus kelahiran Itali itu mencuba formasi 3-4-3.

Ia adalah sistem keempat yang digunakan untuk pasukannya namun The Blues kemudian mencatat lima kemenangan berturut-turut sejak kekalahan di Emirates dengan jentera serangan lebih padu tanpa mengorbank­an kestabilan pertahanan.

Seperti tahun lalu

"Kami memulakan musim ini dengan sistem yang lain kerana idea dalam kepala saya ialah saya mahu bermain 4-2-4 dan kemudian bertukar kepada 4-33 dan juga bermain seperti tahun lalu, 4-2-3-1.

"Namun saya mendapati pada satu tahap kami tidak mempunyai keseimbang­an yang betul kerana apabila kamu melepaskan gol lebih banyak berbanding lawan kamu dan lebih banyak peluang untuk menjaringk­an gol, ia bukan perkara yang baik.

"Bagi musim ini, kami merubah kepada sistem baru 3-4-3 dan saya fikir ia amat sesuai dengan skuad kami kerana mempunyai penyerang yang mampu mengadapta­si dengan sistem ini.

"Saya fikir ia akan menambah baik kami dari sudut serangan dan juga pertahanan. Kami tidak kehilangan kekuatan serangan.

"Dengan cara ini, kami meningkatk­annya kerana kami menjaringk­an lebih banyak gol dan mencipta lebih banyak peluang dan juga jika kami mengekalka­n keputusan tanpa bolos, saya fikir ia adalah cara yang betul," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia