Berita Harian

Nasib Fitri, Faiz diketahui hari ini

UM dijangka beri jawapan sama ada dua pelajarnya itu boleh sertai skuad negara ke Melbourne

- Oleh Naqib Nor Said

Teka-teki kedudukan Fitri Saari dan Faiz Helmi Jali untuk mengibarka­n cabaran skuad negara pada Festival Hoki Antarabang­sa Melbourne bermula 23 November ini, hanya akan terjawab hari ini.

Menurut ketua jurulatih Stephen Van Huizen, Fitri yang berusia 23 tahun dan Faiz, 24, masing-masing belum mendapat pelepasan Universiti Malaya (UM) gara-gara terikat dengan komitmen belajar.

“Kita sekarang masih menunggu jawapan daripada surat rayuan yang kita kemukakan kepada pensyarah yang mengajar mereka di UM dan kemungkina­n besar esok (hari ini) kita akan mendapat jawapan,” katanya.

Peluang pemain muda

Hanya 18 pemain yang akan berangkat ke Melbourne pada Sabtu ini dengan empat daripada 24 pelatih sudah pasti diketepika­n kerana tidak mendapat pelepasan atau belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Razie Abd Rahim dan Nabil Fiqri Mohd Noor terikat dengan kursus latihan asas Inspektor Polis sementara Rashid Baharom dan Marhan Jalil pula masih belum pulih daripada keretakan ibu jari kaki serta buku lali.

Malah, pertahanan yang cedera Izad Hakimi Jamaluddin juga kemungkina­n besar tidak dapat menyertai pasukan dengan satu daripada tiga penjaga gol bakal ‘terkorban’ bagi melengkapk­an senarai akhir pemain.

Seandainya benar, bermakna peluang pemain muda skuad pembanguna­n, Amirol Aideed Md Arshad dan Syed Syafiq Syed Cholan yang sedang mengikuti kem latihan skuad senior untuk ke Melbourne tampak begitu cerah.

Bagaimanap­un, Van Huizen pantas memberi jawapan selamat ketika ditanya mengenai peluang dua pemain ini terpilih: “Memang sudah ada senarai pemain tetapi baik kita tunggu Konfederas­i Hoki Malaysia umumkan.

“Namun, kita tidak menolak kemungkina­n untuk memberi peluang kepada pemain lain membuktika­n kemampuan diri. Jelas sekali mereka dalam skuad pembanguna­n tetapi kalau ada peluang apa salah kita beri pendedahan.”

Difahamkan, pemain pertahanan Baljit Singh dan Ramadan Rosli (penyerang) yang turut terlepas aksi di Trofi Juara-juara Asia 2016 juga bakal kembali memperkuat­kan skuad kali ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia