Berita Harian

Lutfi harap disenarai ke Program Kita Juara 2017

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Penembak negara, Mohamad Lutfi Othman berharap disenaraik­an semula dalam Program Kita Juara 2017 selepas namanya diketepika­n untuk meneruskan latihan dalam Fasa II bermula pada Oktober lalu.

Katanya, ia penting memandangk­an matlamat utama adalah untuk beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan dalam acara 50 meter rifle 3 position dan 50m rifle prone.

“Kalau sebelum ini nama saya dan lima lagi penembak lelaki lain berada dalam latihan Fasa I yang bermula pada awal September lalu, untuk Fasa II (1 Oktober hingga 31 Mac) saya tidak disenaraik­an kerana hanya tiga penembak saja terpilih.

“Saya sendiri pun tidak tahu apa sebabnya, namun masih menunggu status mengenainy­a dan berharap agar kembali disenaraik­an.

“Lagipun jumlah markah tembakan 1,152 milik saya di Kejohanan Menembak Asia Tenggara, Vietnam (pingat emas) juga sudah melepasi Skor Kelayakan Minimum (MQS) untuk Fasa III,” katanya yang meraih tempat keempat berpasukan acara 50m rifle prone pada temasya Sukan SEA Myanmar (2013) dan Singapura (2015).

Pingat emas pertama

Bagaimanap­un, atlet berusia 22 tahun dari Negeri Sembilan itu berkata dia tetap tidak akan berputus asa malah akan berusaha lebih giat, terus melakukan tembakan mantap walaupun tidak disenaraik­an dalam program sekali gus tekad tampil dengan keputusan lebih cemerlang selepas ini.

Pada Jumaat lalu, Mohamad Lutfi menggondol pingat emas dalam acara 50 meter rifle 3 position individu di Kejohanan Menembak Asia Tenggara, Vietnam dengan 1,152 jumlah markah tembakan.

Ia adalah pingat emas pertama milik pelajar jurusan komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) di kejohanan antarabang­sa, tahun ini.

 ??  ?? Lutfi (kiri) bersama penembak negara di Kejohanan Menembak Asia Tenggara, Vietnam, Jumaat lalu.
Lutfi (kiri) bersama penembak negara di Kejohanan Menembak Asia Tenggara, Vietnam, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia