Berita Harian

Saya tidak merajuk: Annuar

Keputusan letak jawatan untuk beri laluan kepada orang lebih layak terajui KAFA

- Oleh Nik Sukry Ramli dan Amin Ridzuan Ishak

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menafikan tindakanny­a meletak jawatan kerana merajuk, sebaliknya keputusan itu dilakukan untuk memberi laluan kepada orang lain yang lebih layak menerajui persatuan berkenaan.

"Saya sudah lama bersama KAFA... kira-kira 10 tahun dan rasanya baik beri peluang kepada orang lain.

"Ramai anak Kelantan yang berjaya di luar sana, berilah mereka peluang untuk menerajui KAFA... ini bukan bermakna saya merajuk dengan sesiapa atau saya tidak akan bantu pasukan Kelantan selepas ini.

"Kita tengok dulu apabila orang lain ambil alih (KAFA)... kalau tidak ada keserasian, saya tidak ada masalah untuk kembali," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penerangan Isu Semasa Bersama Akar Umbi UMNO Pahang di Kompleks Yayasan Pahang, di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai isu peletakan jawatannya itu, Annuar berkata, beliau tidak perlu mengemukak­an hasratnya itu kepada Jawatankua­sa Pengurusan KAFA kerana jawatan itu bukan dilantik oleh jawatankua­sa berkenaan.

Tak jadi isu

"Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu... saya kena tengok balik bagaimana peletakan jawatan ini perlu dilakukan... cuma, saya rasa tidak perlu mengemukak­an hasrat (letak jawatan) kepada pihak Jawatankua­sa Pengurusan (KAFA) sebaliknya cuma perlu memaklumka­n kepada Setiausaha KAFA.

"Memang ada wakil KAFA berjumpa saya semalam (kelmarin) untuk berbincang mengenai perkara ini... secara jujurnya, memang saya sayangkan bola sepak Kelantan dan mahu melihat pasukan ini terus cemerlang pada masa akan datang.

"Oleh sebab itu, saya ingin beri peluang kepada orang lain... biar mereka rasa sendiri bagaimana nak uruskan pasukan bola sepak dengan dana yang terhad," katanya.

Kelmarin, Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya menjangkak­an isu berkenaan dapat diselesaik­an Selasa ini.

Katanya, surat peletakan jawatan sudah diterima dan Jawatankua­sa Pengurusan KAFA secara sebulat suara menolak hasrat Annuar.

"Tunggu Selasa ini... kita akan adakan perbincang­an lanjut. Secara dasarnya, kami tolak hasrat beliau dan mahu beliau terus bersama (KAFA) sehingga tahun 2018," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia