Berita Harian

Legenda FC juara Piala Soh Chin Aun

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Pasukan Legenda FC yang diketuai pemain Sukan Olimpik 1972 dan 1980, Datuk Soh Chin Aun muncul juara Kejohanan Bola sepak Veteran 7 Sebelah Piala Datuk Soh Chin Aun selepas menewaskan Hua Lian FC dari Johor di Stadium Hang Tuah, semalam.

Sebagai juara, Legenda FC meraih RM3,000 dan Hua Lian FC selaku naib juara membawa pulang RM2,000 pada kejohanan yang disertai 20 pasukan terbabit.

Tempat ketiga dikongsi bersama pasukan Royal Sungai Ujong dan Trisakti FC dari Indonesia yang masing-masing meraih RM500.

Lagenda FC yang turut dibarisi pemain Sukan Olimpik 1980, Ramli Junit dan bekas pemain kebangsaan, Mohd Nor Derus memperaga persembaha­n mantap sepanjang saingan untuk muncul juara kejohanan.

Hadiah kemenangan disampaika­n Presiden Kelab Legenda FC, Datuk Gary Choo yang turut dihadiri ramai bekas pemain kebangsaan termasuk Mat Zan Mat Aris dan G Torairaju.

Pasukan lain yang mengambil bahagian Air Asia FC, Farrer Park Dynamos FC (Singapura), Perak Chinese Recreation Club, HTC SC, Arena FM Melaka, South China Old Timer (Hong Kong), VFA Brunei Master, Royal Selangor Club dan Iconic Sports Club.

Hubungan erat

Chin Aun berkata, kejohanan itu memberi impak terhadap hubungan erat menerusi pembabitan berbilang kaum selain kehadiran pasukan dari Korea Selatan, Brunei dan Hong Kong.

Katanya, kejohanan juga mendedahka­n skil dan kemahiran pemain berpengala­man yang dikongsi bersama generasi muda yang menyaksika­n kejohanan.

“Apa yang penting penganjura­n juga menjadi pentas membentuk masyarakat sihat dan cergas serta menyokong usaha merancakka­n industri sukan negara,” katanya.

 ??  ?? Chin Aun (enam kanan) dan Gary (lima kanan) bersama pemain Legenda FC dan piala kemenangan Piala Datuk Soh Chin Aun.
Chin Aun (enam kanan) dan Gary (lima kanan) bersama pemain Legenda FC dan piala kemenangan Piala Datuk Soh Chin Aun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia