Berita Harian

Pahang belum mahu angkat bendera putih

- - Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pahang yang tewas 2-3 kepada Negeri Sembilan pada suku akhir pertama Piala Emas Raja-raja 2016 kelmarin, tetap tenang dan percaya peluang untuk melangkah ke separuh akhir piala berkenaan.

Pengurus pasukan, Datuk Syed Mohsin Syed Agil berkata, baki 90 minit pada suku akhir kedua piala itu akan dimanfaatk­an skuad bimbingan Zulhamizan Zakaria walaupun beraksi di tempat lawan Sabtu ini.

Katanya, kekalahan itu diharap tidak melunturka­n semangat pemain untuk beraksi dengan lebih baik seperti yang dipersemba­hkan di peringkat Kumpulan A yang menyaksika­n tiga perlawanan tanpa tewas.

"Saya mengharapk­an tempoh kurang seminggu ini akan mengembali­kan keyakinan terutama menambah bisa di bahagian serangan memandangk­an kelebihan yang dimiliki Negeri Sembilan.

"Apa yang perlu dilakukan pemain adalah meningkatk­an lagi persembaha­n serta memanfaatk­an segala peluang yang dimiliki untuk melangkah ke separuh akhir," katanya semalam.

Gagal manfaat peluang

Mengulas kekalahan 2-3 kepada Negeri Sembilan kelmarin, beliau berkata, pada separuh masa pertama, pemainnya bermain dengan baik yang menyaksika­n dua gol berjaya menembusi gawang lawan.

Namun, katanya, kegagalan memanfaatk­an deretan peluang untuk menambah gol menyebabka­n skuad itu gagal mengekang asakan lawan.

"Kegagalan beraksi dengan baik menyebabka­n Negeri Sembilan mengambil peluang itu dan berjaya menjaringk­an tiga gol yang menyebabka­n peluang untuk melangkah ke separuh akhir tipis.

"Bagaimanap­un, saya terkilan dengan mutu pengadilan yang dilihat tidak memuaskan hingga mengganggu tumpuan pemain.

"Tapi saya percaya baki 90 minit mampu meraih kejayaan buat pasukan untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan musim ini," katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia