Berita Harian

T-team mungkin ketepi Konate akibat cedera lutut

Menjelang kancah musim baru Liga M musim depan

- Oleh Faizul Azlan Razak

Ujian demi ujian dihadapi skuad T-team sebelum kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan apabila kemungkina­n besar kehilangan ayam tambatanny­a, Makan Konate.

Difahamkan, pemain import The Titans kelahiran Bamako, Mali itu mengalami kecederaan lutut serius yang memerlukan pembedahan.

Penolong jurulatih T-team, Mohd Azhari Salim, berkata jika pemain yang beraksi di posisi tengah dan serangan itu menjalani pembedahan, pasukannya terpaksa melupakan khidmatnya musim depan.

Katanya, pemain itu mengalami kecederaan dalam saingan Liga Super, namun ia bertambah teruk ketika aksi separuh akhir Piala Malaysia bertemu Selangor, baru-baru ini.

"Kalau ikutkan laporan perubatan yang dilakukan, Konate disahkan mengalami kecederaan lutut serius dan perlu dibedah sekali gus mengambil masa panjang untuk kembali beraksi.

Pulang berubat di Mali

"Bagaimanap­un, pemain ini pulang untuk berubat di negara asalnya (Mali) dan jika kecederaan­nya masih gagal dirawat, kemungkina­n besar tiada lagi aksi lincahnya bersama T-team musim depan," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Mohd Azhari berkata, sekiranya Konate tidak boleh beraksi, ia satu tamparan hebat kepada ketua jurulatih, Rahmad Darmawan membentuk pasukan yang terbaik.

Katanya, pihaknya akan membuat keputusan muktamad selepas melakukan pemeriksaa­n terakhir apabila Konate kembali ke negeri ini.

"Sebelum ini, beberapa tonggak utama termasuk dua penjaga gawang membuat keputusan untuk berhijrah menyertai pasukan baharu musim depan dan kita tidak sanggup kehilangan Konate," katanya.

Ditanya awang import T-team musim depan, Mohd Azhari menegaskan pemilihan dan keputusan pemain yang terbaik akan diputuskan oleh Rahmad.

 ??  ?? Konate (kiri) mengalami kecederaan lutut serius yang memerlukan pembedahan.
Konate (kiri) mengalami kecederaan lutut serius yang memerlukan pembedahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia