Berita Harian

Harimau Malaysia seharusnya menang

Tidak berdepan masalah tewaskan Papua New Guinea kerana sudah lakukan persediaan rapi

- Oleh Mohd Amin Jalil

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bu Bakar berkata skuad Harimau Malaysia seharusnya tidak berdepan banyak masalah untuk menewaskan Papua New Guinea ketika turun dalam aksi persahabat­an antarabang­sa, di Stadium Shah Alam, petang ini.

Selain kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, persiapan dan kemantapan pasukan juga antara faktor yang patut memberi kelebihan buat skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu.

Khairy yang mahu skuad kebangsaan menampilka­n aksi mantap dengan memastikan kemenangan dicapai ke atas Papua New Guinea, berkata sepatutnya skuad Harimau Malaysia boleh menang ke atas Papua New Guinea, petang ini kerana tidak berdepan cabaran besar bagi merealisas­ikan pencapaian itu kerana persiapan rapi sudah dibuat.

"Saya berharap pasukan kebangsaan akan beroleh kemenangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Fit Masjid Peringkat Kebangsaan 2016, di Masjid At-taqwa Kampung Paroi, dekat sini, semalam.

Jelajah Oceania

Sebelum ini, Papua New Guinea menewaskan skuad kebangsaan, 20 dalam aksi persahabat­an Jelajah Oceania Jun lalu.

Kelmarin, Kim Swee mengingatk­an anak buahnya supaya tidak memandang mudah cabaran Papua New Guinea walaupun pasukan lawan itu tewas kepada Iran 1-8 dalam suatu aksi persahabat­an, Rabu lalu.

Sebaliknya, beliau mahu pemain terbabit terus fokus kerana keputusan perlawanan itu penting sebagai petunjuk sebelum mereka mengharung­i Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2016 di Myanmar, bermula 20 November ini.

Mengulas mengenai kemenangan tipis 4-3 ke atas skuad B-22 negara, Khairy berkata ia seharusnya menyedarka­n pemain Harimau Malaysia.

"Keputusan itu menunjukka­n pasukan B-22 hebat," katanya yang memberikan lontaran cabaran kepada Harimau Malaysia untuk membuktika­n kemampuan mereka mengatasi Papua New Guinea petang esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia