Berita Harian

Shahrom minta rakan tak ambil mudah

- Oleh Syafiq Aznan

Kelana Jaya: Pertahanan tengah skuad kebangsaan, Shahrom Kalam mengingatk­an rakan sepasukann­ya supaya tidak memandang enteng kemampuan Papua New Guinea apabila dua pasukan itu membuat perhitunga­n dalam aksi persahabat­an di Stadium Shah Alam, petang ini.

Jelas pertahanan tengah yang beraksi buat Selangor, dia menyifatka­n aksi pemanas badan terakhir sebelum ke Yangon itu sebagai perlawanan yang penting sekali gus mahukan rakan sepasukann­ya mengekalka­n fokus dan komitmen masing-masing bagi aksi menentang skuad 'The Kapuls' itu.

"Perlawanan persahabat­an ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Piala Suzuki AFF, jadi sudah pastinya ia begitu penting buat kami tambahan pula aksi terakhir sebelum bertemu Kemboja.

"Apapun, dengan latihan berintensi­ti tinggi selama lebih dua minggu dan semua persiapan berjalan dengan lancar, saya yakin kami sudah bersedia sepenuhnya untuk aksi terbabit," katanya pada sidang media di Wisma FAM, di sini, semalam.

Diganding denganfadh­li Shas

Shahrom dijangka sekali lagi akan dipilih membarisi kesebelasa­n utama untuk membentuk gandingan bersama pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Fadhli Shas untuk aksi petang ini selepas kedua-dua pemain ini turut digandingk­an pada aksi 'sparring' menentang skuad B-22 negara, Jumaat lalu.

Malah, pengalaman luas di pentas antarabang­sa yang dimiliki Fadhli dan prestasi Shahrom yang konsisten bersama Selangor meskipun diketepika­n lebih dua bulan akibat kecederaan dilihat bakal menjadi 'gandingan emas' buat skuad Harimau Malaysia pada pentas Piala Suzuki AFF 2016.

Bagaimanap­un, pemain berusia 31 tahun itu sekadar menyerahka­n keputusan di tangan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee sama ada dia bakal diletakkan dalam kesebelasa­n utama bertemu Papua New Guinea.

Sementara itu, kapten pasukan Papua New Guinea, David Muta berkata, moral pasukannya berada dalam keadaan yang baik dan pasukannya kini bersemanga­t untuk bangkit selepas kekalahan memalukan 8-1 di tangan Iran, Jumaat lalu.

"Walaupun kekurangan pemain untuk perlawanan kedua di sini, namun kami sudah bersedia sepenuhnya untuk mengecewak­an Malaysia sekali lagi dan kali ini pastinya lebih manis jika dilakukan di laman lawan," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia