Berita Harian

Papua New Guinea bawa penyerang kampung

Sedia tundukkan Harimau Malaysia sekali lagi selepas cipta kejutan Jun lalu

- Oleh Syafiq Aznan

Papua New Guinea membawa 'dua senjata rahsia' yang bakal diturunkan pada aksi persahabat­an bertemu skuad Harimau Malaysia di Stadium Shah Alam, petang ini.

Malah, skuad 'The Kapuls' itu juga turun dengan semangat yang membara apabila bersedia untuk menundukka­n anak buah Datuk Ong Kim Swee itu sekali lagi selepas mereka mencipta kejutan menewaskan skuad kebangsaan 2-0 pada aksi Jelajah Oceania di Port Moresby, Jun lalu.

Pengendali­nya, Flemming Serritslev berkata, mereka hanya membawa 19 pemain untuk aksi di sini berbanding 23 pemain ketika aksi pertama dengan membariska­n dua pemain muda termasuk membariska­n penggempur yang mengecewak­an Malaysia dengan dua jaringanny­a, Tommy Semmy.

Bakal bergelut

"Dua pemain muda itu tidak pernah beraksi bersama skuad kebangsaan sebelum ini, jadi saya melihat perlawanan persahabat­an ini sebagai medan yang terbaik untuk menguji kemampuan mereka di pentas lebih besar.

"Seorang daripadany­a berusia 17 tahun iaitu Stahl Gubag manakala seorang lain, Kalu Kepo berusia 23 tahun yang ditemui sewaktu beraksi bersama pasukan kampung dan memiliki kemahiran menarik sebagai penyerang.

"Kami menganggap perlawanan ini seperti perlawanan timbal balik kedua dan percaya Malaysia akan memberi tentangan sengit bagi menebus kekalahan yang lalu tetapi kami juga sudah bersedia sepenuhnya," katanya pada sidang media pra perlawanan di Wisma FAM, semalam.

Bagaimanap­un, Serritslev mengakui anak buahnya bakal bergelut untuk memperaga aksi kemas apabila mereka tidak berada dalam keadaan yang terbaik selepas tidak beraksi secara kompetitif untuk tempoh lebih lima bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia