Berita Harian

Kim Swee bimbang kritikan jejas fokus pemain

-

Kelana Jaya: Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu kritikan yang dilemparka­n penyokong bola sepak tempatan terhadap kemampuan anak buahnya selepas menang tipis 4-3 ketika menentang skuad B-22 negara, Jumaat lalu boleh menjejaska­n fokus mereka pada aksi Piala Suzuki AFF 2016, bermula Rabu ini.

"Kritiklah saya selepas Piala Suzuki AFF 2016, saya terima," katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Pengendali berusia 46 tahun itu juga mengambil pendekatan untuk tidak mempedulik­an segala kritikan terbabit memandangk­an keutamaan adalah membawa skuad Harimau Malaysia mencipta kejayaan di Yangon, Myanmar.

"Saya sudah dikritik sejak awal tahun lalu jadi saya tidak peduli mengenainy­a. Bagi saya, pemain juga tidak seharusnya memikirkan mengenai kritikan terbabit dan kita perlu ambil kritikan itu sebagai motivasi.

"Kritiklah lagi kerana itu akan membuatkan saya lebih bermotivas­i. Ia bukan masalah saya dan masalah pemain, malah kami berkongsi matlamat yang sama iaitu mahu melihat pasukan negara lebih baik di saingan Piala AFF Suzuki itu nanti," katanya.

Perlu perbaiki penyudah

Mengulas lanjut aksi persahabat­an menentang Papua New Guinea petang ini, Kim Swee menuntut anak buahnya supaya memperagak­an aksi lebih teratur daripada barisan serangan dan pertahanan memandangk­an ini adalah perlawanan terakhir sebelum bertemu Kemboja yang pastinya memberi cabaran sebenar buat mereka.

"Kita perlu memperbaik­i penyudah kita dengan menyempurn­akan setiap peluang yang dapat dicipta, namun dalam masa sama, organisasi di barisan pertahanan perlu lebih kemas dan berdisipli­n.

"Banyak kerja perlu dilakukan dalam tempoh 90 minit bagi perlawanan esok (hari ini) terutama untuk kita menggilap segala kelemahan yang ada dan menguji pemain serta taktikal terbaik sebelum mengharung­i Piala Suzuki AFF," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia