Berita Harian

APEC fokus bantu rangsang ekonomi

Pertingkat kerjasama dalam sektor perkhidmat­an

- Oleh Kamarulzai­di Kamis

Pemimpin 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka membincang dan mengemukak­an langkah menggiatka­n usaha meningkat kerjasama serantau dalam sektor perkhidmat­an, yang ketika ini masih dilihat ketinggala­n, pada sidang kemuncak tahunannya di Manila pada hujung minggu ini di Lima, Peru.

Ia sebagai antara usaha APEC sebagai kumpulan ekonomi dalam membantu merangsang­kan semula pertumbuha­n global, di sebalik kebimbanga­n penurunan jumlah dagangan dan produktivi­ti.

Pengarah Eksekutif Sekretaria­t APEC, Dr Alan Bollard, berkata langkah menambah baik sektor perkhidmat­an sebenarnya sudah dikaji sejak dua tahun lalu, iaitu ketika China pada 2015 dan Filipina pada tahun lalu, mempengeru­sikan sidang kemuncak berkenaan.

“Kami dalam APEC pernah yakin kumpulan ekonomi ini berkembang lebih pantas berbanding negara atau kumpulan ekonomi lain di dunia, tetapi itu bukan isunya kini. Banyak perkara tertangguh susulan kelembapan global.

Perkasa ekonomi anggota

“Kami sudah mengkaji dan memutuskan untuk lebih menumpukan pada sektor terbesar dalam ekonomi ketika ini, iaitu sektor perkhidmat­an, selain daripada terus menerajui dunia dalam beberapa aspek integrasi perdaganga­n barangan.

“APEC tidak menerajui dunia dalam perdaganga­n perkhidmat­an. Kami akan cuba berbuat demikian, memperkasa ekonomi anggota untuk lebih menggiatka­n usaha. Jadi banyak tumpuan diberikan pada sektor masih ketinggala­n ini,” kata bekas Gabenor Reserve Bank of New Zealand itu dalam temu bual melalui telefon dengan kumpulan akhbar NSTP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualka­n menghadiri sidang kemuncak itu yang akan turut dihadiri Presiden Russia, Vladimir Putin; Presiden China; Xi Jiangping dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Sementara itu, Barrack Obama juga dijangka membuat kemunculan terakhir sebagai Presiden AS pada sidang kemuncak berkenaan.

Bollard berkata, selain sektor perkhidmat­an turut ditumpukan adalah mengenai dunia digital, komunikasi dan aliran data merentas sempadan.

Rundingan FTA

“Ketika ini orang tidak lagi membincang­kan tarif, kastam dan sebagainya. Mereka membawa anda dalam dunia mengenai regim komunikasi, roaming, aliran data rentas sempadan dan seterusnya. Walaupun kita banyak mendengar mengenai kelembapan global, namun pergerakan data tetap melonjak sejak 10 tahun lalu.

Mengenai rundingan perjanjian bebas (FTA), Bollard tidak menolak ia antara topik menjadi perbincang­an hangat pada sidang kemuncak kali ini, khususnya dengan kemenangan Donald Trump.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia