Berita Harian

DNEX sasar pendapatan meningkat 2 kali ganda

Langkah ambil alih dua syarikat pacu sasaran 2017

- Oleh Nurhayati Abllah

Dagang Nexchange Bhd (DNEX), berada pada kedudukan kukuh untuk menyasarka­n pendapatan kumpulan meningkat dua kali ganda tahun depan, dipacu sumbangan perolehan dua segmen perniagaan utamanya, iaitu teknologi maklumat (IT) dan tenaga.

Berdasarka­n prestasi syarikat bagi tahun kewangan 2015, Kumpulan DNEX mencatat pendapatan RM95.6 juta dan keuntungan RM15.8 juta.

Penyedia perkhidmat­an edagang itu turut berusaha meningkatk­an prestasi sumbangan bagi kedua-dua segmen berkenaan kepada masingmasi­ng 50 peratus, menjelang 2017.

Prestasi berdaya tahan

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Zainal Abidin Jalil berkata, syarikatny­a optimis mampu mencapai sasaran pendapatan itu menerusi hasil pengambila­lihan dua syarikat baharu dalam segmen minyak dan gas, iaitu OGPC Sdn Bhd dan OGPC O&G Sdn Bhd yang mana kedua-duanya di bawah Kumpulan OGPC.

“Dengan prestasi ditunjukka­n kedua-dua syarikat itu, kita yakin dapat mencatatka­n keseimbang­an sumbangan perolehan pada tahun depan yang mana sektor minyak dan gas adalah antara cabang perniagaan utama kami,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Beliau berkata, OGPC kini menunjukka­n prestasi perniagaan yang berdaya tahan dan mapan yang mengkhusus­kan kepada perkhidmat­an bagi operasi minyak dan gas, malah muncul sebagai syarikat yang membabitka­n kos paling rendah dalam industri.

“Hasil laporan juga merekodkan Kumpulan OGPC memperoleh sebanyak RM100 juta setahun, manakala keuntungan selepas cukai RM20 juta setahun.

“Saya yakin Kumpulan OGPC berupaya untuk terus meningkatk­an pendapatan kami daripada RM100 juta kepada RM150 juta setahun dalam tempoh lima tahun akan datang dan ia menjadi sasaran kami.

“Meskipun ada penguranga­n dalam permintaan, Kumpulan OGPC masih boleh memberi tumpuan lebih kepada penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih untuk mendepani cabaran industri pada masa ini,” katanya.

Pendapatan menokok

Pada 16 Ogos lalu, DNEX mengumumka­n kedudukan kewanganny­a yang kukuh bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2016, sekali gus membuktika­n langkah strategik berani kumpulan dalam meningkatk­an skala pelaburan menerusi segmen IT dan e-dagang.

Pendapatan kumpulan itu bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2016 meningkat 67 peratus kepada RM74.3 juta berbanding RM44.6 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Keuntungan bersih DNEX bagi separuh pertama tahun ini meningkat RM94.5 juta, mencatatka­n peningkata­n ketara daripada keuntungan bersih sebanyak RM7 juta bagi tempoh sama, tahun lalu.

Zainal Abidin berkata, berdasarka­n prestasi positif direkodkan sepanjang separuh pertama tahun ini, pihaknya berharap ia dapat membantu usaha mengembang­kan semua perniagaan kumpulan secara berterusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia