Berita Harian

Industri makanan, minuman kalis gawat

Jus Absogood sasar jadi peserta pasaran barangan pengguna laris

- Oleh Zuraidah Mohamed

Usahawan perlu menyediaka­n pelan perniagaan dan sokongan yang kukuh bagi membolehka­n syarikat meneruskan kelangsung­an operasi dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

Pada masa yang sama, usahawan mesti bijak memilih bidang perniagaan kerana perlu memenuhi cita rasa dan keperluan pengguna yang sentiasa berubah mengikut trend.

Bagi Pengarah Urusan Ariezam Beverages Sdn Bhd, Mohd Nizam Kamal, 25, berkata kesemua elemen itu penting terutama kepada usahawan muda yang menjalanka­n perniagaan bukan hanya kerana keuntungan tetapi bagi memastikan perniagaan yang diusahakan terus berkembang.

Beliau mengakui, memulakan perniagaan pada ketika ini sangat mencabar tambahan pula terpaksa bersaing dengan banyak syarikat besar yang sudah lama bertapak dalam industri makanan dan minuman.

“Idea untuk memulakan perniagaan pengeluara­n produk minuman berasaskan jus buah-buahan ini terbit ketika saya dan rakan baik, Muhammad Razali Ismail yang kini Pengarah Operasi dan Produk syarikat mengunjung­i satu pameran pertanian terbesar di Kuala Lumpur.

“Ketika itu, kami mahu meninjau perniagaan yang boleh dijalankan dan saya lihat banyak perniagaan Bumiputera yang berpotensi untuk dikembangk­an.

“Namun, saya lihat industri makanan dan minuman ini adalah perniagaan yang baik untuk dimulakan kerana ia adalah ‘kalis gawat’, dalam keadaan ekonomi macam mana sekali pun ia masih ada permintaan dan diterima pengguna.

Perlu inovasi

“Apapun, saya mahu produk yang dihasilkan ini diterima bukan sahaja pasaran tempatan malah di peringkat antarabang­sa. Justeru, ini memerlukan kaedah inovasi,” katanya ketika ditemui di Johor Bahru, baru-baru ini.

Mohd Nizam berkata, walaupun memulakan perniagaan pada usia muda, beliau tidak menafikan pengalaman membantu menjalanka­n perniagaan milik keluargany­a banyak diterapkan dalam Ariezam Beverages, terutama dari aspek pemasaran dan pengurusan.

Katanya, kesefahama­n yang baik dengan rakan baiknya sejak dari bangku sekolah ketika di Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Muhammad Razali turut mendorong kepada penubuhan syarikat berkenaan yang mengeluark­an produk minuman jus menerusi jenama Absogood.

“Sebelum ini, saya membantu keluarga menjalanka­n beberapa perniagaan syarikat, manakala Muhammad Razali yang juga rakan kongsi mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran dan jualan selama lima tahun di dalam syarikat pengeluara­n produk makanan dan minuman yang terkenal di Singapura.

“Kami gabungkan pengalaman serta idea bagi membolehka­n penubuhan Ariezam Beverages, pada awal Disember 2014. Kami mula mengeluark­an produk jus minuman perisa oren, anggur dan epal mulai pertengaha­n Jun 2015, selepas melalui proses penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) selama setahun pada 2008.

Tembusi Singapura

“Sehingga kini, produk kami berjaya menembusi lebih 600 kedai runcit, pasar raya dan restoran di seluruh Johor selain Singapura. Kami juga bercadang mempelbaga­ikan pengeluara­n produk bagi menembusi pasar raya besar serta pasaran seluruh negara mulai tahun depan,” katanya.

Ditanya mengenai pulangan ke atas pelaburan (ROI) yang disasarkan, Mohd Nizam berkata syarikat mensasarka­n untuk mencapainy­a dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang sekali gus untuk mengukuhka­n tapak sebagai peserta pasaran barangan pengguna laris (FMCG).

Katanya, syarikat menggunaka­n buah oren yang diimport dari Brazil, epal (Australia) dan anggur (Itali) bagi memastikan penghasila­n produk yang premium dan keaslian seperti rasa jus buah 100 peratus serta produk berkenaan mempunyai jangka hayat selama setahun.

“Kami juga sedang mencari rangkaian pengedar bagi memperluas­kan pasaran produk. Ketika ini kami mengeluark­an antara 800 hingga 1,000 kartun sehari menerusi kilang yang beroperasi di Setia Nama:

Umur:

Jawatan:

Syarikat:

Sdn Bhd

Website: www.absogoodju­ice.com

Pendidikan: Sarjana Muda Pemasaran di UITM Kampus Bandar Raya Melaka, Maktab Sultan Abu Bakar (English College)

Jawatan lain: Exco Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Negeri Johor

Nama: Muhammad Razali Ismail

Umur: 25 Tahun

Jawatan: Pengarah Operasi dan Produk Ariezam Beverages

Jawatan Lain: Exco Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Negeri Johor Business Park, Gelang Patah,” katanya.

Pada masa ini, syarikat hanya mengeluark­an botol jus 350 mililiter (ml) dan bakal memperkena­lkan botol 1,500 ml apabila ia mula menembusi pasar raya besar tahun depan.

Dalam pada itu, Muhammad Razali berkata antara cabaran utama yang kebanyakan syarikat berdepan pada masa ini adalah peningkata­n kos bahan mentah disebabkan kejatuhan wang ringgit selain syarikat perlu memastikan harga produk adalah sejajar dengan kemampuan pengguna.

Perlu ada perancanga­n

“Keadaan ekonomi semasa adalah di luar jangkaan kita, tetapi usahawan perlu menempuhi permasalah­an ini dengan sebaiknya dan disebabkan itu perlu ada pelan perancanga­n perniagaan yang baik.

“Buat masa ini kami masih mengekalka­n marjin sedia ada, dan meningkatk­an pelaburan dalam pemasaran bagi memastikan jenama Absogood dapat dipromosik­an sebagai jenama FMCG yang diterima ramai,” katanya sambil menambah syarikat juga akan memperkena­lkan beberapa produk baharu tidak lama lagi.

Pada masa ini, Pejabat Urusan Ariezam Beverages beroperasi di Bandar Dato Onn, di Johor Bahru dan pengeluara­n produk dikeluarka­n di kilang syarikat di Setia Business Park, Gelang Patah yang berkeluasa­n 2,000 kaki persegi dan mempunyai keseluruha­n kakitangan seramai 22 orang.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Mohd Nizam (kanan) bersama Muhammad Razali menunjukka­n produk minuman jus Absogood di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Mohd Nizam (kanan) bersama Muhammad Razali menunjukka­n produk minuman jus Absogood di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia