Berita Harian

Kirimkan kemesraan, ciuman guna telefon pintar

Prototaip teknologi ICT masa depan dekatkan hubungan kekeluarga­an

-

yang pernah menerima geran keseluruha­n berjumlah kira-kira AS$20 juta daripada pelbagai organisasi ternama termasuk Nike dan Agensi Sains Teknologi Pertahanan.

Hasil kajian beliau adalah seperti baju yang dimuatkan dengan sistem getaran, injap udara dan elemen pemanas, semuanya adalah untuk digabungka­n bagi memberikan sensasi pelukan dan tekanan lembut ke atas kulit penerima.

Kini antara yang sudah dikomersia­lkan adalah T.ware dan Huggy Pajama yang membolehka­n ibu bekerja memeluk medium seperti anak patung dan kemudian dihantar secara atas talian terus ke baju milik anak.

Teknologi aksesori telefon pintar

Dalam ceramah beliau di ibu pejabat Digi itu juga, beliau berkongsi teknologi aksesori telefon pintar yang membenarka­n suami mencium isteri secara digital jarak jauh.

Gamat seketika satu dewan dengan sorakan dan ketawa apabila uji kaji dilakukan, namun ia sekali gus memberikan petunjuk kesukaran penerimaan pengguna di Malaysia kepada teknologi itu buat masa ini.

Penulis tidak dapat pastikan sejauh mana aksesori yang dipasang di bawah telefon itu mampu meniru ciuman yang dihantar, dan jika diberi peluang sekali pun mungkin penulis rela menghubung­i isteri dirumah untuk melakukan ujian itu.

Turut diperkenal­kan teknologi cincin disambung secara tanpa wayar yang menghantar isyarat usapan apabila pasangan menyentuhn­ya; kiub penyembur bau mengadunka­n komponen asas bau untuk mencetuska­n aroma sama seperti ditayangka­n dalam skrin dan teori pencetak tiga dimensi (3D) yang mengimbas makanan yang dimasak untuk dihantar secara dalam talian.

Secara keseluruha­nnya penulis mengakui ada kajian beliau yang boleh dikomersia­lkan seperti penyembur bau makanan yang dihantar secara atas talian.

Kerana jika dibangunka­n secara serius mungkin akan membolehka­n papan iklan di dalam kereta api misalnya tidak hanya menyajikan gambar makanan yang nampak enak tetapi juga bau sedap yang pasti membuatkan pengguna menelan air liur.davi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia