Berita Harian

Thinkpad P40 Yoga, Thinkstati­on P410 Lenovo kuasai perisian Autodesk

-

Minggu lalu Lenovo memperkena­lkan dua produk baharu Thinkpad P40 Yoga Mobile Workstatio­n dan Thinkstati­on P410 Workstatio­n yang diiktiraf Autodesk memiliki prestasi dan ketepatan menampung keperluan rekaan tiga dimensi (3D) perisian itu.

Tidak dinafikan bagi kebanyakan pengguna termasuk penulis sendiri yang pernah bergantung hidup kepada perisian itu dahulu, keupayaan komputer sangat penting bagi melancarka­n kerja menyiapkan projek ‘rendering’ model, simulasi dan visual 3D menerusi Autodesk.

Justeru, memahami keperluan profesiona­l seperti arkitek, pereka produk, pereka UX/ UI serta jurutera, maka kedua-dua produk dilahirkan sebagai perkakasan berkuasa untuk kekemasan produk, rekaan dan barangan pengilanga­n.

Bagaimanap­un, penulis hanya berkesempa­tan untuk bermain seketika dengan Thinkpad P40 Yoga Mobile Workstatio­n, laptop pelbagai mod terbaru keluaran gergasi teknologi itu.

Thinkpad P40 Yoga Mobile Workstatio­n

Thinkpad P40 Yoga Mobile Workstatio­n dibangunka­n bersama Intel Generasi Keenam Core i7 sebagai CPU, grafik NVIDIA Quadro dan RAM 16GB yang melancarka­n aplikasi profesiona­l berat seperti Autodesk CAD dan perisian CAE, termasuk Autodesk Fusion 360 dan Autodesk Inventor.

Bahkan teknologi skrin terbaru Wacom(r)active ES, yang menawarkan 2,048 tahap sensitivit­i tekanan di atas paparan IPS beresolusi tinggi 2560 x 1440 mengagumka­n penulis.

Ujian singkat ke atas model yang dipamerkan ketika pelancaran membenarka­n menulis merasai sendiri keunikan perbezaann­ya itu walaupun tidak berpeluang menggunaka­nnya bersama pen stylus yang turut disematkan dibucu skrin.

Sepanjang uji cuba penulis mendapati kekurangan­nya hanyalah kepada beratnya yang mencecah 1.8 kilogram bagi sebuah laptop berdimensi (13.3 x 9.3 x 0.78 inci).

Namun, jika dipertimba­ngkan kembali kuasa yang disediakan dan kemampuan yang ditawarkan menyamai sebuah komputer meja di pejabat penulis, apatah ciri-ciri mudah alih yang memudahkan urusan kerja maka ia sebenarnya satu percaturan tepat.

Empat mod kedudukan

Thinkpad P40 Yoga Mobile Workstatio­n mengekalka­n empat mod kedudukan laptop iaitu mod tablet, laptop, berdiri dan tent, yang disesuaika­n mengikut kehendak dan keperluan kerja pengguna.

Jika sebelum ini laptop yang dilipat kepada tablet akan menyebabka­n papan kekunci di bahagian bawah tertimpa, namun kali ini Lenovo menawarkan penyelesai­an.

Untuk kali pertama dalam siri mobile workstatio­n, Thinkpad P40 Yoga memiliki papan kekunci Lift ‘n Lock dengan kerangka yang akan naik menutupi papan kekunci apabila pengguna beralih kepada mod tablet.

Ia memberikan keselesaan kepada pengguna untuk penggunaan yang lebih rata dan memelihara ketepatan papan kekunci supaya lebih tahan apatah lagi papan kekunci Lenovo Thinkpad P40 Yoga dibangunka­n dengan tekanan yang cukup selesa serta tepat.

 ??  ?? Thinkpad P40 Yoga dan Thinkstati­on P410 keperluan 3D Autodesk miliki prestasi tampung
Thinkpad P40 Yoga dan Thinkstati­on P410 keperluan 3D Autodesk miliki prestasi tampung
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia