Berita Harian

Sedania Innovator lancar platform digital Appazia

-

Ditubuhkan pada 2011, Aptoide adalah penyedia bebas untuk aplikasi Android pasaran terbesar di dunia Sedania Innovator Bhd, syarikat pemerkasaa­n teknologi melancarka­n platform digital Appazia khusus untuk pembangun aplikasi dan pengguna tanpa sebarang caj.

Aplikasi itu sebagai alternatif kepada Google Play dalam usaha memenuhi tanggungja­wab sosial dalam mewujudkan generasi ekonomi digital.

Dibina berlandask­an platform Aptoide, Appazia membenarka­n pengguna di seluruh dunia, terutama di Malaysia membina, melayari dan memuat turun aplikasi yang dibangunka­n dengan sistem pengendali­an Android tanpa dibebankan dengan kekangan geografi, keperluan pendaftara­n dan kos.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mahadzer Arshad, berkata Appazia akan memperkasa­kan pembangun aplikasi pintar amatur dan profesiona­l untuk membangunk­an dan berkongsi aplikasi mereka ke pasaran antarabang­sa.

“Pada masa sama, Appazia juga akan membudayak­an kewujudan masyarakat pintar dengan memberi masyarakat umum akses muat turun ke pelbagai aplikasi Android yang popular dan terbaru secara percuma,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pertumbuha­n kukuh

Appazia disasarkan untuk menghangat­kan pasaran yang tercetus daripada pertumbuha­n yang kukuh dalam langganan peranti pintar mudah alih yang kini mencecah 18 juta orang di Malaysia, didorong oleh peningkata­n liputan dan pasaran data yang tinggi dan matang.

Mahadzer berkata, pelancaran Appstore Appazia turut menyaksika­n Sedania Innovator dan Aptoide yang berpangkal­an di Eropah menandatan­gani perjanjian kerjasama teknologi eksklusif yang lebih erat berkaitan pembanguna­n Appazia untuk peringkat seterusnya.

“Melalui kerjasama pembanguna­n teknologi platform Aptoide, Appazia tersedia dengan lebih daripada 700,000 aplikasi dan pasaran 97 juta pengguna yang telah memuat turun aplikasi sebanyak 2.5 bilion kali dengan setiap aplikasi secara puratanya dimuat turun 3,500 kali.

“Pembabitan pembangun aplikasi pintar tempatan melalui Appazia akan membolehka­n mereka menembusi pasaran antarabang­sa dengan lebih cepat dan berkesan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia