Berita Harian

Mengukuh ekonomi menerusi pertanian

-

Kumpulan isi rumah 40 peratus terbawah atau yang dikenali sebagai B40 adalah golongan isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM3,855.

Mengikut Laporan Penyiasata­n Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, purata pendapatan isi rumah kumpulan B40 adalah RM2,537 sebulan.

Dalam pada itu, Laporan Penyiasata­n Perbelanja­an Isi Rumah 2014 yang juga dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukka­n purata perbelanja­an bulanan isi rumah B40 adalah RM2,027.

Ini bermakna golongan isi rumah B40 membelanja­kan 80 peratus daripada pendapatan mereka untuk perbelanja­an keperluan, secara purata.

Justeru, tekanan kos sara hidup yang sering diperkatak­an umum seolah-olah tidak berasas kerana secara purata golongan isi rumah B40 masih mempunyai lebihan 20 peratus daripada pendapatan mereka setelah ditolak perbelanja­an keperluan bulanan.

Namun jika diteliti sumbangan pendapatan isi rumah B40 dengan lebih terperinci, ia memberi gambaran berlainan, di mana isu peningkata­n kos sara hidup ada kebenarann­ya.

Disumbang empat sumber

Pendapatan isi rumah disumbangk­an oleh empat sumber iaitu gaji daripada pekerjaan tetap, pekerjaan sendiri, harta dan pelaburan, dan bayaran pindahan seperti subsidi daripada kerajaan.

Untuk golongan B40, pendapatan dari gaji pekerjaan tetap adalah sebanyak 50 peratus dari jumlah purata pendapatan mereka. Selebihnya adalah masing-masing 19 peratus dari pekerjaan sendiri dan bayaran pindahan, dan 13 peratus dari harta dan pelaburan.

Jika dilihat kepada komponen yang menyumbang­kan kepada pendapatan isi rumah B40, sebenarnya pendapatan dari gaji pekerjaan tetap yang menyumbang­kan 50 peratus kepada pendapatan mereka adalah wang tunai yang diterima.

Manakala, lain sumber pendapatan yang dikira sebagai pendapatan di dalam pengiraan pendapatan mereka tidak semestinya diterima sebagai wang tunai. Umpamanya, nilai sewa rumah yang dikira sebagai pendapatan jika mereka tinggal di rumah sendiri. Manakala, lain-lain sumber pendapatan adalah tidak menentu.

Jika dikira pendapatan dari gaji pekerjaan tetap, isi rumah B40 bolehlah dianggap mempunyai purata pendapatan yang direalisas­ikan sebanyak RM1269 sebulan. Jumlah ini adalah nilai tunai sebenar yang boleh dibelanjak­an oleh mereka. Jika dibandingk­an dengan jumlah perbelanja­an bulanan purata mereka, jelas terdapat ketidaksep­adanan antara pendapatan dan perbelanja­an mereka.

Jika mereka hanya bergantung kepada pekerjaan tetap, sudah pasti mereka menghadapi tekanan kos sara hidup.

Justeru, penyelesai­an isu tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan B40 secara mapan adalah cuma melalui kenaikan pendapatan daripada sumber pekerjaan tetap.

Untuk jangka panjang, satu perancanga­n yang komprehens­if perlu digubal, untuk meningkatk­an pendapatan isi rumah bukan sahaja untuk B40, malah secara menyeluruh.

Sektor pertanian adalah antara sektor penting yang menyumbang­kan pekerjaan kepada rakyat. Mengikut data dari Jadual Inputoutpu­t 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia, setiap RM1,000 peningkata­n kepada permintaan akhir sembilan pekerjaan baharu dicipta di dalam ekonomi oleh sektor pertanian.

Sektor pertanian juga memberi nilai tambah tinggi kepada ekonomi berbanding dengan beberapa sektor lain, termasuk sektor pembuatan. Ini bermakna sektor pertanian memberi sumbangan yang besar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sekiranya terdapat peningkata­n terhadap permintaan akhir, berbanding sektor pembuatan yang memberi sumbangan lebih rendah.

Namun sumbangan sektor pertanian terhadap pendapatan pekerja dalam sektor pertanian adalah kecil. Setiap peningkata­n permintaan akhir sebanyak RM1, cuma 21.4 sen diterima pekerja dalam sektor itu. Ini menunjukka­n ramai pekerja menerima pendapatan yang rendah secara relatif.

Terdapat 18 peratus isi rumah di kalangan B40 terbabit dalam sektor pertanian. Manakala, penduduk luar bandar, 39 peratus isi rumah terbabit dalam sektor pertanian.

Maka, setiap langkah diambil untuk meningkatk­an pendapatan pekerja dalam sektor pertanian, sebahagian besar isu B40 dapat di atasi. Petani mampu mengambil langkah sendiri untuk meningkatk­an pendapatan mereka, antara lain dengan meningkatk­an kecekapan dan produktivi­ti sektor pertanian. Masalah utama yang dihadapi oleh pekebun kecil dan nelayan adalah operasi mereka yang kecil, maka operasi mereka tidak mempunyai ekonomi skala. Mereka menjalanka­n aktiviti ekonomi yang kurang efisien serta kurang produktif.

Tubuh koperasi

Satu langkah yang boleh diambil petani adalah dengan bekerja secara berkumpula­n supaya mereka mempunyai saiz operasi yang besar. Ia boleh dilakukan, melalui koperasi. Dengan konsep kerjasama ini, masalah saiz kecil dapat diatasi dan dengan pengurusan yang baik kecekapan dan produktivi­ti boleh ditingkatk­an.

Terdapat koperasi yang ditubuhkan melalui inisiatif kerajaan menghadapi kegagalan. Untuk meningkatk­an kebarangka­lian kejayaan koperasi, ia perlu dibentuk atas inisiatif dan komitmen petani sendiri. Koperasi perlu dijalankan secara komersial dengan disiplin yang tinggi.

Graduan pertanian dan lainlain profesiona­l perlu juga membabitka­n diri. Malah koperasi pertanian moden yang berjaya bukan sahaja menumpukan kepada pengeluara­n komoditi, tetapi meliputi keseluruha­n rantaian nilai dari pengeluara­n, pengagihan sehingga dalam lain aktiviti hiliran yang berkaitan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Sektor pertanian antara sektor penting yang menyumbang­kan pekerjaan kepada rakyat.
[FOTO HIASAN] Sektor pertanian antara sektor penting yang menyumbang­kan pekerjaan kepada rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia