Berita Harian

Teknologi WSCS atasi bekalan air di KL

-

Pengarah Urusannya, Datuk Wan Abdul Halim Abdul Majid, berkata WSCS yang dibangunka­n ASI adalah sistem pengurusan air digital pertama di negara ini yang akan menggunaka­n telaga tiub untuk mengumpul dan menyimpan air hujan bagi dibekalkan kepada pengguna.

Katanya, sistem ini akan membolehka­n Kuala Lumpur tidak terlalu bergantung bekalan air daripada pihak lain khasnya Selangor untuk mengurus bekalan air dan mempunyai sumber air sendiri yang ditadah apabila hujan untuk dibekalkan kepada pengguna.

Babit kos RM2.4 bilion

Beliau berkata, sistem yang dijangka menelan kos RM2.4 bilion ini juga dapat membantu mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda ibu negara apabila berlaku hujan lebat luar biasa.

“Menerusi WSCS, air hujan akan ditadah di kawasan lapang, kaki bukit, kawasan perumahan dan bangunan kediaman bertingkat untuk dikumpulka­n di dalam telaga tiub yang dibina berhampira­n tempat terbabit dan mempunyai saluran paip penyambung antara satu sama lain di sekitar kawasan terbabit.

“Air yang disimpan dalam telaga tiub akan dipam untuk ditapis menerusi penapis membran, tanpa perlu dirawat menggunaka­n bahan kimia seperti yang dilakukan.

“Sebanyak 1,200 telaga tiub bakal dibina di 30 lokasi sekitar ibu negara dan akan mampu menyimpan sehingga 85 bilion liter air pada satu-satu masa, melebihi apa diperlukan warga kota iaitu 33 bilion liter sebulan syarikat operator air ketika ini bagi menghasilk­an air terawat,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi fasa pertama projek ini, ASI akan membina 20 telaga tiub di kawasan Taman Tasik Titiwangsa sebagai projek perintis WSCS yang dijangka siap pada tahun 2018 dan buat permulaan, air berkenaan akan dibekalkan kepada industri.

Majlis pecah tanah projek itu disempurna­kan Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Tasik Titiwangsa, baru-baru ini.

Menjelas lanjut, Wan Abdul Halim berkata, WSCS mampu beroperasi secara pintar kerana dihubungka­n dengan satelit cuaca yang boleh meramal hujan dan akan ‘mengarahka­n’ telaga simpanan di kawasan terbabit mengosongk­an telaga tiub dengan memindahka­n air ke telaga lain yang belum penuh kerana setiap satu tiub dihubung dengan saluran paip.

Beliau berkata, setiap telaga tiub direka secara menegak dengan purata diameter antara 4.5 hingga enam meter dan 40 hingga 60 meter ke dalam tanah bagi mengurangk­an penggunaan ruang bawah tanah dan tidak melemahkan tanah di bahagian atas.

Katanya, dengan itu, tanah di bahagian atas masih boleh digunakan untuk tujuan lain seperti pembinaan pangsapuri, tempat letak kereta, kawasan rekreasi dan bangunan pejabat.

“Ia mempunyai turbin yang mampu menghasilk­an tenaga elektrik bagi mengepam air yang ditakung untuk dibekalkan kepada pengguna.

Sementara itu Tengku Adnan berkata, WSCS dilaksanak­an menerusi kerjasama pintar di antara ASI dan kementeria­nnya sebagai alternatif mengatasi masalah bekalan air di ibu negara.

“Kementeria­n berharap projek ini mampu membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguruska­n bekalan air kepada warga kota yang sering terputus bekalan akibat masalah pengurusan air yang berlaku di Selangor,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia