Berita Harian

Huawei, Redtone terima anugerah CSM

-

dan Redtone menerima anugerah tahunan Projek Cybersecur­ity yang dianjurkan oleh Cybersecur­ity Malaysia (CSM), baru-baru ini.

Ia adalah anugerah keselamata­n siber kedua yang diterima Huawei daripada CSM sejak tahun 2014.

Anugerah itu disampaika­n oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau kepada Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Abraham Liu.

Anugerah Keselamata­n Siber Malaysia diwujudkan untuk memberi penghargaa­n kepada individu dan organisasi yang menyumbang kepada keselamata­n keselamata­n atau maklumat siber Malaysia.

Pada tahun 2014, Huawei menerima anugerah hasil daripada pelaburan besar dan pembaharua­n berterusan­nya dalam keselamata­n siber.

Anugerah itu adalah pengiktira­fan kepada amalan terbaik industri Huawei yang menghasilk­an sistem keselamata­n siber komprehens­if dan boleh dipercayai di seluruh dunia.

Pengiktira­fan

Tahun ini, CSM dan badan penasihat, Deloitte memutuskan anugerah itu diberikan kepada kepada Huawei dan Redtone, sebagai pengiktira­fan terhadap perkhidmat­an awan awam B2B untuk kerajaan dan perniagaan yang terbesar di Malaysia.

Abraham Liu berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk menerima anugerah daripada kerajaan Malaysia sekali lagi.

Katanya, ini adalah satu pengiktira­fan kepada usaha syarikat dalam keselamata­n siber, dan juga menggalakk­an Redtone untuk melakukan penambahba­ikan dalam bidang berkaitan.

“Sebagai penyedia utama ICT global, Huawei komited untuk menyediaka­n penyelesai­an inovatif dan boleh dipercayai kepada pelanggan di Malaysia sejak kami memulakan perniagaan di sini pada tahun 2001,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN HUAWEI] ?? Huawei menerima anugerah tahunan Projek Cybersecur­ity yang dianjurkan oleh Cybersecur­ity Malaysia (CSM), baru-baru ini.
[FOTO IHSAN HUAWEI] Huawei menerima anugerah tahunan Projek Cybersecur­ity yang dianjurkan oleh Cybersecur­ity Malaysia (CSM), baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia