Berita Harian

Sentimen pelabur pengaruhi pasaran

-

menaikkan kadar faedahnya juga terus memberi tekanan negatif terhadap pasaran saham tempatan.

Namun pelabur memberikan reaksi positif dengan mula membeli kaunter berkaitan eksport. Antara kaunter yang mendapat perhatian pelabur adalah Top Glove dan Kossan.

Harga saham kaunter ini sudah menokok beberapa peratus pada penutup urus niaga hari Jumaat lalu. Kaunter WCT juga mendapat reaksi berbeza dari pandangan penganalis­is tempatan terhadap kejayaanny­a memperoleh kontrak projek pembinaan MRT2 bernilai RM896 juta.

Ini disebabkan ada yang berpendapa­t impak dari segi pendapatan syarikat telah diambil kira pasaran sebelum ini.

Kaunter Chin Hin juga mendapat perhatian pelabur apabila penganalis­is memberi unjuran kenaikan sehingga RM1.12.

Kaunter ini yang baru disenaraik­an di Bursa Malaysia pada tahun ini menjalanka­n aktiviti pengeluara­n bahan binaan. Nisbah harga saham berbanding pendapatan sesaham (P/E RATIO) yang berada pada paras 18.56 juga dianggap menarik kepada pelabur.

Pengumuman mengenai pembelian saham Ikhmas oleh Lembaga Tabung Haji sebanyak 5.17 peratus pada bulan lepas mungkin akan menarik perhatian pelabur apabila harga sahamnya kini diniagakan pada paras yang agak rendah sekitar 60 sen.

Kenaikan jumlah urus niaga yang berterusan sejak September lalu pada saham Sasbadi dari paras sekitar RM1.10 terus menarik minat pelabur. Harga sahamnya bergerak mendatar di sepanjang November ini dijangka mula naik semula jika ia berjaya diniagakan di atas paras rintangan semasa di sekitar harga RM1.45.

Syarikat yang beroperasi sebagai penerbit bahan bacaan untuk sekolah rendah dan menengah ini dijangka akan dapat mengekalka­n keuntungan­nya untuk tahun ke hadapan. Sasaran tertinggi yang diberi oleh sebuah syarikat penyelidik­an tempatan adalah pada sekitar RM1.63.

Adalah dijangka pelabur akan terus mengambil sikap berhati-hati sepanjang sesi dagangan minggu ini dengan terus meneliti dengan rapat ke atas polisi yang akan diperkenal­kan oleh Presiden baharu Amerika Syarikat. Begitu juga prospek kenaikan kadar bunga di Amerika Syarikat akan mempengaru­hi hala tuju sentimen pasaran dunia secara amnya.

Analisis teknikal

FBM KLCI Memasuki Zon Terlebih Jualan. Indeks utama Bursa Malaysia berada di bawah tekanan jualan yang agak ekstrem pada Rabu dan Jumaat lalu. Ini menyebabka­n indeks semakin menjauhi Purata Pergerakan Tahunan (SMA200).

Analisis Purata Pergerakan Harga menunjukka­n FBM KLCI masih berada pada aliran menurun berdasarka­n Purata Pergerakan Mingguan (SMA5) dan Purata Pergerakan Bulanan (SMA30) manakala Purata Pergerakan Tahunan (SMA200) masih menunjukka­n indeks ini di dalam aliran mendatar.

Pada asas mingguan, Petunjuk Indeks Kekuatan Relatif (RSI) menunjukka­n bacaan pada minggu lepas berada pada paras 42.2 peratus berbanding 48.7 peratus pada minggu sebelumnya. Untuk asas harian, bacaan RSI Jumaat lalu (26.4 peratus) menunjukka­n penurunan berbanding Khamis (39.4 peratus).

Dengan ini, FBM KLCI memasuki zon Terlebih Jualan (Oversold). Paras SMA5 masih lagi bertindak sebagai paras rintangan terdekat FBM KLCI untuk minggu ini dan rintangan seterusnya pada paras 1,680. Paras sokongan semasa minggu lalu pada paras 1,645 gagal bertahan. Oleh itu, paras sokongan semasa ialah pada paras 1,615. FBM KLCI dilihat akan berada di antara paras 1.625 dan 1,670.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia